HONG KONG - Kebanyakan rak barangan di pasar raya di Hong Kong kosong gara-gara penduduk di Hong Kong panik dan mahu mendapatkan bekalan mencukupi susulan penularan koronavirus di seluruh China.
Bandar raya yang didiami kira-kira 7.4 juta penduduk itu kini berdepan situasi panik luar biasa dan disifatkan lebih teruk berbanding serangan wabak Sindrom Pernafasan Akut Teruk (SARS) yang meragut hampir 300 nyawa di Hong Kong pada 2003.
Iklan
Iklan
Sepanjang akhir minggu lalu, ratusan penduduk dilaporkan sanggup beratur panjang selama beberapa jam untuk membeli topeng muka dan produk meningkatkan daya tahan tubuh seperti Vitamin C.
Di sebuah pasar raya utama di daerah Wan Chai, rak yang menempatkan daging beku dan makanan laut kosong menjelang tengah hari selain bekalan sayur-sayuran segar semakin berkurangan.
"Semua orang bimbang. Saya rasa semua orang takut dengan apa yang akan berlaku beberapa hari akan datang. Harga barangan juga akan naik,” kata eksekutif runcit, Cindy. - Agensi