Bapa, anak perempuan parah motosikal dihempap pokok tumbang

Iklan
Mangsa yang cedera diberi rawatan awal sebelum diserahkan kepada pasukan perubatan untuk tindakan lanjut. Foto bomba

TAIPING - Seorang lelaki bersama anak perempuannya parah apabila motosikal ditunggang dihempap pokok tumbang dalam kejadian di Jalan Kamunting dekat Taman Glen View, Kamunting di sini pada Rabu.

Panggilan kejadian itu diterima Balai Bomba dan Penyelamat Kamunting pada jam 12.53 tengah hari.

Iklan
Iklan

Penolong Pengarah Bahagian Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Perak, Sabarodzi Nor Ahmad berkata, mangsa terlibat merupakan penunggang dan pembonceng motosikal jenis Yamaha.

Keadaan motosikal dinaiki lelaki dan anak perempuannya dalam kejadian pokok tumbang di Kamunting, Taiping pada Rabu. Foto bomba

"Akibat kejadian itu, kedua-dua mangsa berusia lingkungan 40-an dan 15 tahun dipercayai bapa dan anak parah dan tidak sedarkan diri," katanya dalam kenyataan di sini pada Rabu.

Iklan

Beliau berkata, kejadian sama turut mengakibatkan sebuah kenderaan pelbagai guna (MPV) jenis Perodua Alza mengalami kerosakan.

Kejadian pokok tumbang turut mengakibatkan sebuah kenderaan pelbagai guna (MPV) jenis Perodua Alza mengalami kerosakan. Foto bomba

Katanya, terdapat lima wanita berusia antara 16 hingga 35 tahun berada dalam kenderaan itu, dua daripada mereka cedera ringan manakala tiga lagi terselamat.

Iklan

"Mangsa yang cedera diberi rawatan awal sebelum diserahkan kepada pasukan perubatan untuk tindakan lanjut.

Anggota bomba melakukan kerja-kerja menyelamat dan memotong dahan pokok sehingga keadaan benar-benar selamat. Foto bomba

"Seramai 10 anggota terlibat dalam kerja-kerja menyelamat di lokasi kejadian dan memotong dahan pokok sehingga keadaan benar-benar selamat," katanya.