Guardian pilih September 2024 sebagai bulan Get.Set.Glow!

Iklan
Antara produk yang menjadi tumpuan bagi kempen Get.Set.Glow!

GUARDIAN Malaysia (Guardian) memilih September 2024 untuk mengadakan kempen Get.Set.Glow! sebagai usaha memupuk budaya penjagaan diri dan kesejahteraan dalam kalangan rakyat Malaysia.

Pengarah Pemasarannya, Anna Ng berkata, kesejahteraan adalah perkara yang penting bagi untuk seluruh masyarakat di negara ini.

Iklan
Iklan

"Ia termasuk kemampuan untuk mengakses tawaran produk kesejahteraan terpilih yang ideal disertai panduan daripada pakar yang mahir dalam pelbagai bidang.

"Dalam kempen ini, Guardian memilih untuk bekerjasama dengan pakar perubatan dalam bidang masing-masing, untuk bercakap tentang topik kesejahteraan utama di YouTube yang boleh diakses rakyat Malaysia di seluruh negara.

Iklan

"Panel tersebut ialah Pakar Perubatan Dalaman, Dr Gayethri Chokalingam; Pakar Bedah Kardiotorasik, Dr Kenny Chen, Pakar Pediatrik, Dr Wong Yee Ming dan Dr Arunan Periasamy," katanya dalam satu kenyataan pada Rabu.

Ketua Kesihatan Guardian, Sheryn Soo, menerangkan produk kesihatan yang terdapat di Festival Kesejahteraan Get.Set.Glow!

Mengulas lanjut, Anna memaklumkan, September 2024 dipilih sebagai bulan Get.Set.Glow! bagi meraikan dan memupuk semua perkara berkaitan kesejahteraan melalui tawaran di stor dan perkhidmatan farmasi, promosi e-Store, pertandingan dan rebat serta siri YouTube #MYWellbeingMatters.

Iklan

Tambahnya, antara acara lain yang diadakan adalah sesi 'podcast' yang menampilkan pakar kesihatan dan festival kesejahteraan selama seminggu pada 10 hingga 16 September.

"Selain daripada siri ceramah oleh pakar kesihatan di YouTube, rakyat Malaysia juga boleh berbual dengan ahli farmasi di kawasan kediaman mereka.

"Ahli farmasi di stor Guardian seluruh negara mempunyai kepakaran yang tepat untuk menjawab kekeliruan pelanggan mengenai gula darah, tekanan darah dan pengurusan berat badan serta membimbing mereka untuk kekal sihat.

"Kami di Guardian, menyedari kepentingan kesejahteraan yang semakin meningkat dan kerana itulah kami memilih tanda pagar #MYWellbeingMatters,” jelasnya.

Menurut Anna, berdasarkan Tinjauan Keutamaan Kesihatan Asia-Pasifik 2023, 79 peratus rakyat Malaysia lebih prihatin terhadap kesihatan selepas pandemik dan 60 peratus daripada jumlah tersebut mencari solusi terbaik untuk masalah kesihatan.

Katanya, situasi itu ditunjukkan melalui keinginan tabiat makan yang lebih sihat (52 peratus), kecergasan (50 peratus), kesejahteraan mental (50 peratus) dan imuniti lebih baik (49 peratus).

"Keputusan tinjauan dengan jelas menunjukkan bahawa rakyat Malaysia daripada pelbagai lapisan masyarakat melihat keperluan untuk kesejahteraan holistik.

"Kami di Guardian memahami kehendak anda dan kami percaya kempen Get.Set.Glow! selama sebulan ini adalah pemangkin yang tepat untuk anda memulakan perjalanan ke arah kesejahteraan,” ujarnya.

Tambah Anna, kempen berkenaan diinspirasikan dan diasaskan daripada visi Guardian iaitu ‘Memupuk Kesejahteraan Diriku’.

Jelasnya, pihak Guardian percaya dengan pendekatan kesihatan dan kesejahteraan holistik merangkumi keperluan minda, tubuh dan jiwa dapat membantu rakyat Malaysia daripada semua peringkat usia menjadi versi terbaik untuk diri mereka.

Sebelum ini, Festival Kesejahteraan Get.Set.Glow! diadakan bermula 10 hingga 16 September 2024 bagi penduduk di Lembah Klang bertempat di pusat beli-belah One Utama.

Festival kesejahteraan itu merupakan acara awam yang percuma dengan lima kategori aktiviti iaitu Gaya Hidup dan Kesejahteraan; Pemangkin Kesihatan; Kecantikan Dalaman; Penuaan Secara Sihat dan Kanak-Kanak.

Selain daripada jenama kesejahteraan terkini, festival selama seminggu itu juga menampilkan penceramah dan pelatih merentasi pelbagai bidang latihan utama iaitu yoga dan kesedaran; nutrisi dan diet serta lain-lain.

Secara keseluruhannya, terdapat 28 sesi kesejahteraan merangkumi senaman, bengkel, kelas dan juga 'Glow Walk' sepanjang tiga kilometer.