Hampir RM800,000 ditemui dalam bilik tidur pegawai imigresen gred rendah

Iklan
Azam menunjukkan barangan rampasan pada sidang media Ops Setting di ibu pejabat SPRM pada Rabu. Foto Bernama

PUTRAJAYA - Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) merampas dan menyita wang tunai berjumlah RM766,693 daripada dua pegawai Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) bergred rendah terbabit sindiket 'counter setting' yang disorokkan di bilik tidur masing-masing.

Iklan
Iklan

Ketua Pesuruhjaya SPRM, Tan Sri Azam Baki berkata, wang ratusan ribu itu ditemukan selepas suruhanjaya itu menahan keduanya bersama 48 lagi pegawai agensi penguat kuasa kerana disyaki bersekongkol dengan sindiket yang membawa masuk warga asing menerusi pintu masuk udara negara menerusi modus operandi 'counter setting' atau 'laluan kaunter khas'.

Beliau berkata, bagi rampasan pertama, SPRM menyita wang tunai berjumlah RM518,250 yang dijumpai daripada seorang pegawai wanita JIM Kanan Gred KP22 di Pahang.

Iklan

"Wang yang dirampas daripada pegawai JIM wanita itu diletakkan di dalam bagasi di bilik tidurnya," katanya dalam sidang akhbar di ibu pejabat SPRMpada Rabu.

Bagi rampasan wang tunai kedua, menurutnya, wang tunai sebanyak RM248,443 dirampas daripada seorang pegawai lelaki JIM Gred KP19 di Melaka.

Iklan

Menurut beliau, duit itu dijumpai di bawah katil bilik tidur utamanya.

"Jumlah sitaan wang tunai berjumlah RM1.4 juta berjaya dirampas, selain SPRM turut menyita wang tunai AS$9,900 dan matawang Baht 5,470," ujarnya.

Tambah Azam lagi, pihaknya turut merampas dan menyita sembilan buah kereta dan 13 unit motosikal yang dipercayai dibeli daripada wang rasuah.

Selain itu, beliau berkata, pihaknya turut menyita 27 keping dinar emas seberat 575.75 gram dengan anggaran nilai lebih RM200,000.

Jelasnya, dinar emas itu dirampas daripada pegawai Imigresen Kanan Gred KP22 di Negeri Sembilan.

"Lebih 75 utas barang kemas seperti cincin, gelang, rantai, loket serta subang dirampas, selain lebih 12 jam tangan pelbagai jenama dan lebih 30 telefon pintar pelbagai jenama dan komputer riba dirampas," ujarnya.