Jawi belum cadang kuat kuasa kadar baharu kursus kahwin

Iklan
Tular di media sosial berhubung dakwaan caj baharu kursus kahwin bermula November ini.

KUALA LUMPUR - Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi) masih mengekalkan kadar yuran semasa sebanyak RM120 bagi kursus perkahwinan di Putrajaya, Kuala Lumpur dan Labuan.

Jawi dalam satu kenyataan memaklumkan, pihaknya belum bercadang untuk menguatkuasakan kadar baharu berjumlah RM150 seperti yang ditularkan.

Iklan
Iklan

Menurutnya, sebarang perkembangan atau perubahan kadar itu akan dimaklumkan dari semasa ke semasa.

"Jawi mengambil maklum berhubung video tular di aplikasi TikTok berkenaan penetapan kadar yuran baharu bagi Kursus Praperkahwinan Islam di Wilayah-Wilayah Persekutuan.

Iklan

"Bagaimanapun, buat masa ini Jawi belum bercadang untuk menguatkuasakan kadar yuran baharu berjumlah RM150 seperti yang ditularkan," katanya menerusi kenyataan.

Sejak empat hari lalu tular di TikTok dakwaan yuran kursus kahwin bagi Putrajaya dan Kuala Lumpur bakal dinaikkan sehingga RM150 mulai November ini.

Iklan

Situasi tersebut menyebabkan bakal pengantin mulai serbu pusat kursus bagi tujuan pendaftaran bagi mengelakkan kenaikan harga itu.

Jawi menerusi kenyataan sama memaklumkan, Kursus Praperkahwinan Islam diwajibkan bagi pasangan yang ingin melangsungkan pernikahan di Wilayah Persekutuan.

Ujarnya, penetapan itu sebagai persediaan memperlengkapkan diri dengan ilmu dan kemahiran penting bagi mendepani pelbagai cabaran serta isu dalam rumah tangga.

Jelasnya, kursus tersebut dilaksanakan berdasarkan Modul Bersepadu Kursus Praperkahwinan Islam (MBKPI).