Filipina pertahan Terumbu Sabina daripada direbut China

Iklan
Kapal Pengawal Pantai Filipina yang bertembung dengan Kapal Pengawal Pantai China berhampiran Terumbu Sabina. Foto AFP

MANILA - Filipina menegaskan bahawa mereka tidak sesekali melepaskan Terumbu Sabina di Laut China Selatan selepas menarik balik sebuah kapal yang ditempatkan di terumbu yang menjadi pertikaian dengan China itu.

Pada April lalu, Manila mengerahkan Kapal Pengawal Pantai BRP Teres Magbanua ke Terumbu Sabina bagi menghalang Beijing daripada membina sebuah pulau buatan di sana.

Iklan
Iklan

Namun, kapal itu dipanggil balik ke Pulau Palawan di Barat Filipina yang dipercayai akibat rosak, selain anak kapal mengalami kecederaan, kekurangan bekalan makanan dan cuaca buruk selepas bertembung dengan Kapal Pengawal Pantai China.

"Kami tidak kehilangan apa-apa. Kami juga tidak meninggalkan apa-apa. Terumbu Sabina atau Escoda masih sebahagian daripada zon ekonomi eksklusif kami," kata jurucakap Pengawal Pantai Filipina, Commodore Jay Tarriela.

Iklan

Beijing menuntut sebahagian besar Laut China Selatan termasuk Terumbu Sabina, walaupun tribunal antarabangsa memutuskan mereka tidak mempunyai hak di perairan tersebut.

Terumbu Sabina terletak 140 kilometer (km) barat Pulau Palawan dan kira-kira 1,200 km dari pulau Hainan, daratan utama China yang terdekat.

Iklan

Bagaimanapun, China bertindak agresif terhadap kapal kerajaan Filipina di Terumbu Sabina dan kawasan lain sejak beberapa bulan kebelakangan ini dengan tindakan merempuh, menghalang kapal, menembak meriam air dan menceroboh kapal lain sehingga menyebabkan kerosakan dan kecederaan.

Konfrontasi itu telah mencetuskan kebimbangan Amerika Syarikat (AS) selaku sekutu tentera Filipina bahawa ia akan mencetuskan konflik bersenjata dengan China.

"Terpulang kepada Filipina untuk memutuskan cara mereka mengendalikan kapal di kawasan di mana ia bebas belayar di laut lepas di bawah undang-undang antarabangsa," kata Jurucakap Jabatan Negara AS, Matthew Miller. - Agensi