60 bekas pemandu TLDM berkumpul, rapatkan silaturahim

Iklan
Perjumpaan bekas pemandu TLDM 3.0 bagi merapatkan silaturahim antara satu sama lain.

BATU PAHAT - [DIKEMAS KINI] Program perjumpaan bekas pemandu Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) 3.0 yang berlangsung selama dua hari satu malam mengumpulkan 130 bekas kakitangan itu termasuk keluarga bagi merapatkan silaturahim antara satu sama lain.

Pengerusi program, Jeffri Mansor berkata, ada antara mereka tidak pernah berjumpa selepas menamatkan perkhidmatan masing-masing sekitar 30 tahun lalu.

Iklan
Iklan

Menurutnya, aktiviti dijalankan sepanjang perjumpaan itu antaranya sukaneka dan tahlil ringkas untuk mereka yang sudah meninggal dunia.

"Ini merupakan perjumpaan kali ketiga dan kami ialah pesara dari tahun perkhidmatan berbeza dengan lingkungan umur antara 45 dan 70 tahun.

Iklan

"Setiap perjumpaan memang semua seronok tetapi ada juga yang tak sempat nak berjumpa kerana faktor kesihatan atau sudah meninggal dunia,” katanya kepada Sinar Harian pada Rabu.

Perjumpaan tersebut diadakan di sebuah inap desa di Batu Pahat, Johor pada 16 hingga 17 September lalu.

Iklan

Jeffry mengharapkan agar perjumpaan tersebut dapat diteruskan setiap dua tahun dengan penyertaan lebih ramai.

Beliau turut mengharapkan setiap ahli dapat bertukar pandangan untuk memberi bantuan kepada anggota yang tidak sihat.

"Perjumpaan seperti ini membolehkan kita tahu siapa yang memerlukan dana untuk rawatan kesihatan,” ujarnya.