Komposer Ooi Eow Jin meninggal dunia

Iklan
Ooi Eow Jin meninggal dunia akibat sakit tua di Hospital Kuala Lumpur.

KOMPOSER dan pemuzik terkenal, Datuk Ooi Eow Jin meninggal dunia akibat sakit tua pada petang Rabu.

Berita duka itu dikongsikan Yayasan Kebajikan Artis Tanah Air (YKAT) menerusi satu kenyataan media sebentar tadi.

Iklan
Iklan

Mendiang Eow Jin menghembuskan nafas terakhir di Hospital Kuala Lumpur (HKL) pada usia 86 tahun.

"YKAT baharu sahaja menerima panggilan pada jam 4.48 petang daripada Datin Elain yang mengatakan suaminya baru sahaja meninggal dunia sebentar tadi di Hospital Kuala Lumpur.

Iklan

"Mendiang merupakan pemuzik terkenal tanah air yang menerima bantuan bulanan YKAT berjumlah RM500 sebulan. Semoga keluarga mendiang tabah,” ujar kenyataan itu.

Pada 2022, media melaporkan keadaan kesihatan Eow Jin yang menghidap penyakit Alzheimer sejak 2015 semakin merosot selepas dijangkiti virus Covid-19.

Iklan

Semasa hayatnya, mendiang menyertai Orkestra RTM sebagai pemuzik pada tahun 1963 sehingga tahun 1967.

Selepas itu, beliau berhijrah ke TV3 pada tahun 1986 hingga 1999.

Eow Jin banyak mencipta lagu-lagu untuk penyanyi-penyanyi tempatan dan luar negara termasuk Sudirman, Dahlan Zainuddin, M Nasir, Rahimah Rahim, Rafeah Buang, Flora Santos, kumpulan Alleycats, Jennifer Yen dan Francis Yip.