Warga emas maut dipercayai digilis lori

Iklan
Seorang warga emas maut dipercayai digilis sebuah lori dalam kemalangan di Jalan Batu Caves Lama di sini pada Rabu. Gambar hiasan

GOMBAK - Seorang warga emas maut dipercayai digilis sebuah lori dalam kemalangan di Jalan Batu Caves Lama di sini pada Rabu.

Pemangku Ketua Polis Daerah Gombak, Superintenden Abang Kaderi Abang Wasli berkata, pihaknya menerima maklumat berkaitan kemalangan terbabit pada jam 12.05 tengah hari.

Iklan
Iklan

"Siasatan mendapati dalam kejadian jam 11.22 pagi itu, mangsa yang merupakan lelaki warga tempatan berumur 77 tahun menunggang motosikal jenis Honda ketika melalui lokasi berkenaan.

"Motosikal ditunggang mangsa bergesel dengan sebuah lori dan dipercayai hilang kawalan sebelum terperosok ke bawah kenderaan berat terbabit," katanya menerusi kenyataan pada Rabu.

Iklan

Katanya, mangsa mengalami kecederaan parah akibat kejadian.

"Mangsa kemudiannya disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian oleh petugas perubatan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).

Iklan

"Mayat mangsa dibawa ke Unit Forensik Hospital Selayang bagi proses bedah siasat," katanya.

Menurutnya, kes disiasat di bawah Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

"Orang ramai yang melihat atau mempunyai maklumat berkaitan kejadian diminta menghubungi Pegawai Penyiasat Trafik, Inspektor Amira Abu Hassan di talian 0196026596.

"Selain itu, maklumat berkaitan juga boleh disalurkan dengan menghubungi Bilik Gerakan Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Gombak di talian 0361262222," katanya.