Banduan larikan diri ketika terima rawatan di hospital

Iklan
Individu ini dipercayai melarikan diri ketika menerima rawatan di Hospital Sungai Buloh pada Rabu.

SUNGAI BULOH - Seorang banduan memiliki lapan rekod jenayah dan dadah melarikan diri ketika menerima rawatan di Hospital Sungai Buloh pada Rabu.

Ketua Polis Daerah Sungai Buloh, Superintenden Mohd Hafiz Muhammad Nor berkata, individu terbabit merupakan banduan di Penjara Sungai Buloh.

Iklan
Iklan

Beliau berkata, polis menerima maklumat berkaitan kejadian pada jam 3.56 petang.

"Banduan yang dikenali sebagai Kalai Kumar Anandan, 27, ketika kejadian sedang mendapatkan rawatan di Hospital Sungai Buloh.

Iklan

"Bagaimanapun, individu terbabit dilaporkan telah tiada di katilnya ketika berada di hospital berkenaan dan dipercayai melarikan diri," katanya menerusi kenyataan pada Rabu.

Katanya, usaha giat dijalankan bagi mengesan serta menahan banduan berkenaan.

Iklan

"Semakan mendapati individu terbabit memiliki lapan rekod jenayah terdiri daripada empat rekod jenayah dan empat rekod membabitkan kes narkotik.

"Orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan diminta segera menghubungi Ibu Pejabat Polis Daerah Sungai Buloh di talian 03-61561222 atau mana-mana balai berdekatan," katanya.