Islamofobia dan Kafirofobia
Iklan
PERBINCANGAN menarik berlaku dalam suasana menyambut Hari Malaysia tentang Islamofobia dan Kafirofobia dalam sebuah kumpulan WhatsApp bertemakan muhibah yang saya sertai.
Ia bermula dengan jemputan ke sebuah seminar menangani Ekstremisme and Islamofobia yang ketujuh-tujuh orang perasmi dan panelis adalah Muslim dan lelaki.