Melancong di Langkawi lebih murah berbanding Phuket, Bali

Iklan
Pulau Langkawi diiktiraf sebagai lokasi percutian bertaraf antarabangsa. Foto hiasan

SHAH ALAM - Pulau Langkawi masih lagi menjadi destinasi pelancongan yang lebih murah jika dibandingkan dengan Phuket, Thailand dan Bali, Indonesia, kata penasihat kepada Persatuan Niagakawi Langkawi, Datuk Alexander Isaac.

Jelasnya, perbandingan perlu dibuat dengan tepat dan betul kerana pusat peranginan itu diiktiraf sebagai lokasi percutian bertaraf antarabangsa.

Iklan
Iklan

"Kalau nak bandingkan (harga) dengan Hatyai susah...tapi kalau bandingkan Phuket atau Bali), kita lagi murah.

"Perspektif Langkawi itu mahal tidak betul, sebaliknya pulau peranginan ini agak berpatutan, bergantung nak pilih penginapan hotel lima bintang atau bajet,” katanya kepada Sinar Harian pada Rabu.

Iklan
Alexander

Beliau berkata demikian sebagai mengulas mengenai kritikan pelbagai pihak yang mengatakan melancong ke Thailand lebih baik kerana bukan sahaja makanannya murah, malah penginapan yang jauh lebih baik, berkualiti dan selesa.

Tambahnya, pelancong tempatan perlu membuat perancangan rapi, dan membuat pilihan bijak memilih penginapan atau restoran yang menawarkan pakej berpatutan.

Iklan

Ditanya mengenai usaha pihak tertentu yang mahu memboikot pelancongan tempatan bertujuan untuk meningkatkan mutu perkhidmatan, ujarnya, perkara itu tidak memberikan sebarang kesan dan tidak perlu.

Jelas beliau, beberapa lokasi pelancongan termasuk di Pulau Langkawi masih menjadi tumpuan sepanjang cuti sekolah dan cuti umum Hari Malaysia, 16 September lalu.

Bagaimanapun, keadaan cuaca buruk dan tidak menentu di pulau tersebut sejak beberapa hari lalu menjadikan perjalanan feri ke pulau terbabit ditunda atau dibatalkan.

"Kalau cuaca buruk pun, resort dan penginapan penuh, bukan tiada orang langsung, mungkin mereka naik kapal terbang yang telah dirancang lebih awal,” katanya.

Sementara itu, beliau menggesa kerajaan agar memberi perhatian terhadap laluan utama ke pulau berkenaan yang bergantung sepenuhnya kepada pengangkutan air terbabit.