LTDL 2024: Kern Pharma, Corratec, Bardiani rombak besar-besaran pasukan

Iklan
LTdL 2024 yang akan membuka tirai edisi ke-28 di Pulau Langkawi pada 29 September ini.

TIGA pasukan Pro team - Equipo Kern Pharma, Corratec Vini Fantini dan VF Group Bardiani membuat rombakan besar-besaran terhadap barisan pelumba masing-masing 10 hari menjelang perlumbaan Petronas Le Tour de Langkawi (LTdL) 2024 yang akan membuka tirai edisi ke-28 di Pulau Langkawi pada 29 September ini.

Pasukan Kern Pharma yang berpangkalan di Sepanyol akan mempertaruhkan Miguel Angel Fernandez sebagai pelumba pecut utamanya dengan melakukan enam pertukaran pelumba dalam senarai terkini yang dikeluarkan pasukan itu kepada penganjur LTdL pada Rabu.

Iklan
Iklan

Miguel Angle, 27, yang memenangi dua peringkat perlumbaan di Tour of Hainan pada Ogos lalu, akan dibantu empat rakan senegara - Jorge Gutierrez Gonzalez, Ibon Ruiz Sedano, Unai Iribar Jauregi, Pablo Carrascosa Miller dan Danny Van Der Tuuk (Poland).

Pasukan Kern Pharma yang berpangkalan di Sepanyol akan mempertaruhkan Miguel Angel Fernandez sebagai pelumba pecut utamanya.

Kern Pharma sebelum ini menyenaraikan pelumba muda dari Sepanyol Pablo Castrillo, yang memenangi dua peringkat di Vuelta a Espana baru -baru ini serta meraih tempat ketiga keseluruhan LTdL 2023.

Iklan

Namun, pelumba berusia 23 tahun itu terpakasa melupakan LTdL tahun ini kerana mendapat panggilan skuad negaranya untuk ke Kejohanan Dunia UCI, hujung bulan ini.

Dalam pada itu, pasukan Corratec pula akan mempertaruhkan Jakub Mareczko yang juga pemenang satu peringkat di Tour of Hainan 2024 untuk membawa cabaran pasukan dari Itali itu, selepas melakukan lima pertukaran pelumba.

Iklan

Jakub mempunyai rekod pencapaian memenangi lapan kali peringkat perlumbaan di Tour of Hainan sejak 2015 dan pernah memenangi empat peringkat LTdL sejak 2016 hingga 2022.

Pelumba dari Itali berusia 30 tahun itu akan dibantu Alexander Balmer (Switzerland), Valentin Darbellay (Switzerland), Valerio Conti (Itali), Etienne Van Empel (Belanda) dan Giulio Masotto (Itali) dalam senarai terkini yang dikeluarkan pasukan berkenaan.

Sementara itu, pasukan VF Group Bardiani yang berpengkalan di Itali pula, membuat tiga pertukaran pelumba dengan menyenaraikan David Gabburo, Alex Tolio dan Luca Paletti bagi menggantikan Vicente Rojas Navanjo, Filipo Turconi dan Enrico Zanoncello.

Pasukan yang dianggap sebagai ‘regular’ dalam LTdL ini, tetap berkeupayaan untuk memberikan saingan yang sengit bagi memburu kemenangan peringkat.

Sebanyak 22 pasukan akan berjuang dalam keadaan cuaca yang tidak menentu kebelakangan ini, dan ia pastinya menjadi cabaran utama kepada barisan para pelumba di LTdL 2024 ini dengan menempuh jarak keseluruhan 1,190 kilometer bermula di Pulau Langkawi dan buat julung kalinya akan memasuki Miri dan Bintulu di Sarawak.