Kalau dah jual mahal, sampai bila-bila pun pelancong tak nak singgah

Iklan
Lebih 100,000 rakyat Malaysia meninggalkan negara ini untuk bercuti di Thailand sejak Jumaat hingga Selasa lalu.

SETIAP kali cuti hujung minggu, pintu keluar negara ke Thailand terutama di utara semenanjung pasti sesak dengan rakyat kita yang mahu bercuti di negara gajah putih tersebut.

Bukit Kayu Hitam, Kedah dan Padang Besar, Perlis menjadi tumpuan utama kerana laluan kenderaan yang sangat mudah diakses ke beberapa lokasi tarikan pelancong seperti Hatyai.

Iklan
Iklan

Rakyat Malaysia juga boleh memandu terus ke Thailand dengan syarat mempunyai insurans perjalanan kenderaan ke negara berkenaan.

Secara tidak langsung menjadikan percutian mereka lebih menjimatkan kerana tidak perlu menaiki pengangkutan awam atau menyewa kereta.

Iklan

Sebab itu ada yang sanggup memandu sehingga hampir 500 kilometer untuk ke Phuket atau Krabi.

Media sebelum ini melaporkan, lebih 100,000 rakyat Malaysia meninggalkan negara ini untuk bercuti di Thailand sejak Jumaat hingga Selasa lalu menerusi beberapa pintu utama negara seperti Perlis, Kedah dan Kelantan.

Iklan

Tertanya-tanya Merak Jalanan, apa yang seronok sangat di Thailand sehingga berduyun-duyun rakyat Malaysia masuk ke sana, malah sanggup beratur panjang di kompleks imigresen di pintu sempadan?

Negara kita juga ada lokasi-lokasi yang sama seperti Thailand. Misalnya, Hatyai ada pasar terapung, tapi di Perlis juga ada. Jika dibandingkan dengan kepulauan Phuket dan Krabi, apa kurangnya Pulau Langkawi.

Begitu juga dengan makanan yang enak-enak, Perlis dan Kedah juga adalah syurga makanan dan makanan Thailand ada di merata-rata tempat.

Tapi bila fikirkan balik, mungkin harga yang menyebabkan kita kalah di situ.

Kalau peniaga kita masih berlumba-lumba menjual dengan harga mahal dan tidak masuk akal, sampai bila-bila pun kita tidak dapat menarik pelancong, malah menarik orang kita sendiri untuk bercuti di dalam negara.