PBB lulus resolusi gesa penamatan pendudukan Israel dalam tempoh setahun

Iklan
Perhimpunan Agung PBB pada Rabu secara majoriti meluluskan resolusi yang menggesa penamatan pendudukan 'tidak sah' Israel dalam tempoh 12 bulan - Foto: AP

HAMILTON (Kanada) - Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) pada Rabu secara majoriti meluluskan resolusi yang menggesa penamatan pendudukan 'tidak sah' Israel dalam tempoh 12 bulan, lapor Agensi Anadolu (AA).

Resolusi yang dipelopori oleh Palestin itu diluluskan dengan sokongan majoriti besar, dengan 124 negara anggota mengundi menyokong, 14 menentang dan 43 berkecuali.

Iklan
Iklan

Resolusi ini turut disokong bersama oleh Turkiye serta lebih 50 negara anggota lain, yang menuntut pendudukan Israel ke atas Wilayah Palestin adalah tidak sah di sisi undang-undang antarabangsa, termasuk keputusan Mahkamah Keadilan Antarabangsa (ICJ) dan Majlis Keselamatan PBB (UNSC).

Menyatakan bahawa penempatan haram Israel juga melanggar undang-undang antarabangsa, resolusi itu menegaskan bahawa rakyat Palestin mempunyai hak untuk menentukan nasib mereka sendiri di bawah Piagam PBB.

Iklan

Resolusi itu menegaskan semula bahawa isu Palestin adalah"tanggungjawab kekal PBB" sehingga ia diselesaikan selaras dengan undang-undang antarabangsa, sambil menekankan keperluan segera agar Israel menamatkan pendudukan yang bermula pada 1967.

Resolusi berkenaan seterusnya menyeru Setiausaha Agung PBB Antonio Guterres untuk membentangkan laporan mengenai pelaksanaan resolusi itu dalam tempoh tiga bulan selepas ia diluluskan. - Bernama-Anadolu

Iklan