Arif Aiman tampil aksi terbaik di ACLE

Iklan
Arif Aiman mahu teruskan aksi terbaik di ACLE. Facebook Johor Southern Tigers

PEMAIN terbaik bagi aksi sulung Kumpulan A, Liga Juara-Juara Asia Elite (ACLE) antara Shanghai Port dan Johor Darul Ta’zim (JDT) di Stadium Pudong, Shanghai, Arif Aiman Mohd Hanapi berazam untuk terus memberikan aksi terbaiknya bagi mengharungi baki saingan kejohanan berprestij itu.

Menurut pemain kebangsaan itu, dia juga akan bekerja lebih keras dalam usaha merealisasikan hasrat tersebut.

Iklan
Iklan

"Alhamdulillah... sememangnya menjadi impian saya selama ini untuk beraksi di peringkat tertinggi seperti ini (ACLE).

"Saya telah bekerja keras dengan mengorbankan segala-galanya dan kini impian tersebut telah tercapai.

Iklan

"Kini, saya mahu terus beraksi, saya akan bekerja keras agar dapat memberikan yang lebih baik pada perlawanan-perlawanan akan datang,” katanya sejurus tamat perlawanan pada Rabu.

Pada aksi sulung Kumpulan A ACLE itu, skuad Harimau Selatan mengejutkan tuan rumah dengan mempamerkan aksi mantap selain menjaringkan gol pembukaan pada minit ke-45 hasil rembatan cantik Arif Aiman.

Iklan

Bagaimanapun, penyerang skuad The Red Eagles, Gustavo menyamakan kedudukan pada minit ke-48.

Arif Aiman kemudiannya meledak gol kedua JDT pada minit ke-54, namun Willian Popp memadamkan kelebihan tersebut dengan menjaringkan gol penyamaan pada minit ke-74 untuk kedua-dua pasukan berpuas hati terikat 2-2 pada aksi sulung berkenaan.

Arif Aiman

Sementara itu, Arif Aiman mengakui skuad Harimau Selatan itu berdepan kesukaran untuk menembusi benteng pertahanan Shanghai Port pada perlawanan berkenaan.

Bagaimanapun katanya, kesemua pemain telah bekerja keras dan akhirnya mampu merobek gawang tuan rumah bagi meraih satu mata berharga.

"Perlawanan malam ini memang sukar untuk kami, tetapi kami telah berikan 100 peratus kerana sasaran kami adalah untuk menang.

"Namun, tuah tidak menyebelahi kami apabila hanya berjaya meraih satu mata dan kami berazam untuk terus memberikan aksi terbaik pada perlawanan akan datang,” katanya.