Medan niaga Pantai Batu 23 Sungai Nibong dilanda air pasang besar

Iklan
Keadaan kawasan sekitar Pantai Batu 23 Sungai Nibong dilimpahi air pasang besar pada pagi Khamis.

SABAK BERNAM - Fenomena air pasang besar menyebabkan medan niaga di Pantai Batu 23 Sungai Nibong di sini dilimpahi air laut pada pagi Khamis.

Limpahan air laut melanda kawasan itu merupakan kejadian kali kedua selepas fenomena sama berlaku pada Rabu.

Iklan
Iklan

Video berdurasi dua minit itu menunjukkan fenomena air pasang menyebabkan ombak kuat menghentam kawasan pesisir pantai terbabit.

Menerusi video itu, beberapa gerai penjaja dan premis perniagaan di kawasan sekitar dinaiki air.

Iklan

Selain itu, terdapat komen lain yang mendakwa berlaku fenomena sama di Pasar Awam Sabak Bernam.

"Hendak ke pasar pagi tadi (Khamis), tetapi tidak jadi singgah sebab banjir," tulis pemilik akaun menggunakan nama, Norasmiza Suliman.

Iklan

Sementara itu, Majlis Daerah Sabak Bernam (MDSB) memaklumkan penutupan kawasan Pantai Batu 23 Sungai Nibong daripada sebarang aktiviti.

MDSB dalam hantaran di media sosial memaklumkan, fenomena itu bermula pada Khamis hingga Sabtu ini.

Pengunjung tidak dibenarkan melakukan aktiviti di kawasan pantai antaranya mandi, berkelah atau berkhemah, bermain pasir, memancing, menaiki bot dan berniaga.