Dua sub kontraktor direman lima hari rasuah polis bantuan

Iklan
Kedua-dua suspek direman lima hari untuk membantu siasatan berhubung pemberian rasuah kepada polis bantuan sebuah agensi kerajaan.

GEORGE TOWN - Dua sub kontraktor warga Myanmar direman lima hari bagi membantu siasatan berhubung pemberian rasuah kepada polis bantuan sebuah agensi kerajaan melibatkan wang RM500.

Perintah reman tersebut dikeluarkan Majistret Nadratun Naim Mohd Saidi di Mahkamah Majistret Sivil di sini pada Khamis.

Iklan
Iklan

Kedua-dua suspek yang berusia 31 dan 53 tahun itu ditahan di Ibu pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Pulau Pinang pada jam 3 petang Rabu.

Menurut sumber SPRM, kedua-dua lelaki terbabit didakwa tidak mempunyai lesen sebagai sub kontraktor yang menjalankan kerja-kerja pemasangan penapis air.

Iklan

"Mereka didakwa memberi rasuah kepada polis bantuan sebanyak RM500 pada minggu ini agar melepaskan pekerja mereka yang mempunyai permit kerja di negeri lain.

"Pekerja mereka tidak boleh bekerja di Pulau Pinang kerana mempunyai permit kerja di negeri lain," katanya di sini pada Khamis.

Iklan

Tambah sumber, pekerja mereka juga mempunyai kad Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan Malaysia (CIDB) palsu yang tidak membolehkan mereka masuk ke tapak projek dan kes disiasat mengikut Seksyen 17(b) Akta SPRM 2009.