Taufan Pulasan: Kejohanan sepak takraw pantai hampir dibatalkan

Iklan
Gelanggang kejohanan sepak takraw pantai Asia di Shandong, China. - Foto: Astaf

KEJOHANAN Sepak Takraw Pantai Asia Astaf Kedua, 2024 di Pantai Emas Qingdao, Shandong, China dari 20 hingga 23 September ini hampir dibatalkan gara-gara kawasan sekitar venuenya dilanda taufan Pulasan.

Bencana alam pada Selasa itu mengakibatkan air laut berdekatan melimpah ke pantai dan menjejaskan gelanggang kedua kejohanan yang bakal disertai lapan negara termasuk tuan rumah.

Iklan
Iklan

Presiden Persekutuan Sepak Takraw Asia (Astaf), Datuk Abdul Halim Kader berkata, sepatutnya jadual asal kejohanan menetapkan majlis perasmiannya pada jam 7.30 malam ini waktu Malaysia.

"Demi keselamatan para pemain dan pegawai, Astaf terfikir untuk membatalkan kejohanan tetapi setelah mengambil kira gelanggang utama tidak terjejas dan beberapa pasukan sudah tiba bagi penyesuaian awal, kami menundanya ke 20 September.

Iklan

"Masa perasmian kekal 7.30 malam dan diikuti 8 malam perlawanan pertama regu lelaki antara Thailand dan Korea Selatan," katanya yang juga Setiausaha Agung Persekutuan Sepak Takraw Antarabangsa (Istaf) di Qingdao.

Kejohanan itu turut disertai Malaysia, Thailand, India, Vietnam, Korea Selatan, Iraq dan Filipina yang mempertandingkan dua acara iaitu regu (lelaki dan wanita) dan trio (lelaki sahaja).

Iklan

Halim yang juga Pengarah Teknikal Kejohanan menambah, pihaknya dengan kerjasama penganjur China, masih memantau keadaan cuaca di situ sambil mengambil langkah berjaga-jaga dari masa ke masa.

"Kalau keadaan masih melarat dan membahayakan keselamatan pemain, pegawai pasukan serta penonton, Astaf dan penganjur tidak teragak-agak untuk membatalkannya," katanya.