PRK Mahkota: Agak mencabar, namun tiada mustahil buat PN

Iklan
Mohamed Azmin Ali

KLUANG - Perikatan Nasional (PN) mengakui kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Mahkota agar mencabar, namun tIdak mustahil bagi gabungan itu menambah bilangan kerusi di negeri ini.

Pengarah Utama PN bagi PRK DUN Mahkota, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali berkata, situasi terkini dan sentimen rakyat yang tidak berpuas hati dengan Kerajaan Perpaduan akan menjadi penentu kepada PN untuk merampas Mahkota daripada UMNO.

Iklan
Iklan

"Saya ambil pendekatan dari segi realiti, kita ikut data, statistik dan situasi semasa. Memang kerusi DUN Mahkota mencabar bagi PN.

"Apabila lihat komposisi pengundi iaitu pengundi Melayu berjumlah 54 peratus dan pengundi bukan Melayu 45 peratus, kerusi ini susah untuk PN (menang).

Iklan

"Tetapi dalam politik tiada yang mustahil. Situasi terkini dan sentimen rakyat terhadap kerajaan di Putrajaya yang tidak puas hati dengan isu seperti masalah ekonomi dan tiada peluang pekerjaan," ujarnya.

Beliau berkata demikian selepas program ceramah kelompok di Pusat Daerah Mengundi (PDM) Taman Ilham di sini, pada malam Rabu.

Iklan

Hadir sama, Naib Presiden Pas, Datuk Idris Ahmad; Pengerusi Bersatu Johor, Datuk Dr Sahruddin Jamal dan Yang Dipertua Pas Johor, Abdullah Husin.

Azmin mengulas dakwaan Timbalan Pengarah Pilihan Raya Pas Pusat, Tan Sri Annuar Musa pada 8 September lalu yang meramalkan Barisan Nasional (BN) akan selesa mengekalkan kerusi DUN Mahkota.

Azmin ketika program ceramah kelompok di Pusat Daerah Mengundi (PDM) Taman Ilham, Kluang pada malam Rabu.

Mengulas lanjut, Azmin yang juga Ahli Majlis Pimpinan Tertinggi (MPT) Parti Pribumi Bersatu Malaysia ( Bersatu) berkata PN memerlukan jentera yang kuat untuk masuk ke setiap kawasan.

Jelas beliau, jentera PN perlu bekerja keras dan bijak mengatur strategi dalam memastikan usaha tersebut berjaya.

"Saya yakin kita boleh menang, banyak kawasan sebelum ini menjadi kubu BN tetapi telah berubah contohnya seperti di Selangor.

"Selangor sepatutnya sudah jadi negeri PN dan tiada yang mustahil kalau kita kerja keras dan bijak dalam strategi, insya-ALLAH kita akan tawan kerusi (DUN Mahkota),” katanya.

PRK itu diadakan susulan kematian penyandangnya Datuk Sharifah Azizah Syed Zain, 64, pada 2 Ogos lalu semasa menerima rawatan di Hospital Enche' Besar Hajjah Khalsom di sini.

BN mempertaruhkan Ketua Pemuda UMNO Bahagian Kluang, Syed Hussien Syed Abdullah, 40, manakala PN meletakkan bekas pemain bola sepak Johor, Mohamad Haizan Jaafar, 61 atau 'Coach Haizan' sebagai calon.

Pada pilihan raya negeri 2022, Sharifah Azizah yang mewakili BN, menang dengan majoriti 5,166 undi dalam persaingan empat penjuru, melibatkan calon Pakatan Harapan (PH), PN dan Warisan.

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan tarikh undi awal bagi PRK DUN Mahkota pada 24 September manakala pembuangan undi pada 28 September.