Lubnan bersiap sedia kemungkinan perang dengan Israel

Iklan
Askar Lubnan mengawal berhampiran sebuah hospital di Beirut. Foto AFP

BEIRUT, - Perdana Menteri Sementara Lubnan Najib Mikati bertemu pada Rabu dengan Jawatankuasa Pengurusan Bencana dan Krisis di negara itu dan membincangkan"kemungkinan senario" jika serangan Israel berlanjutan, lapor Agensi Berita Jerman (dpa).

Mesyuarat itu diadakan sehari selepas alat kelui Hizbullah meletup di seluruh Lubnan, dalam operasi yang dipersalahkan kepada Israel yang membunuh sekurang-kurangnya 12 orang dan mencederakan hampir 2,800 orang.

Iklan
Iklan

Menteri Alam Sekitar Nasser Yassin yang mengetuai jawatankuasa itu, menegaskan bahawa mereka sedang berusaha untuk mendapatkan tempat perlindungan yang mencukupi dan terdapat kira-kira 100 sekolah yang boleh disediakan oleh Kementerian Pendidikan, dengan usaha yang sedang dijalankan untuk melengkapkannya.

Menyentuh mengenai bekalan makanan, Yassin berkata,"Stok makanan mencukupi untuk lebih tiga bulan dan sebuah kapal yang membawa 40,000 tan bijirin serta tepung akan tiba di Lubnan."

Iklan

Beliau menambah bahawa 50,000 catuan makanan, yang disediakan oleh pihak ketiga termasuk Program Makanan Sedunia, boleh diagihkan kepada orang yang kehilangan tempat tinggal.

"Kami juga membincangkan logistik yang diperlukan untuk memastikan Jawatankuasa Pengurusan Bencana dan Krisis boleh berfungsi, termasuk komunikasi, jalan raya, pengangkutan dan bilik kecemasan dan krisis," tambah Yassin. - Bernama-dpa

Iklan