KUALA LUMPUR - Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) diminta menyediakan pelan perancangan dan Indeks Petunjuk Prestasi (KPI) untuk menjamin peningkatan prestasi skuad Harimau Malaya.
Kementerian Belia dan Sukan (KBS) dalam kenyataan memaklumkan perkara itu diminta oleh Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim ketika bertemu kepimpinan FAM hari ini.