Sukma Sarawak: Zen Hong terima insentif kemenangan terbanyak Pahang

Iklan
Zen Hong

ATLET menembak Pahang, Cheah Zen Hong, 18, menjadi penerima terbanyak insentif kemenangan yang disediakan kerajaan negeri selepas berjaya menyumbang tujuh pingat emas pada temasya Sukan Malaysia (Sukma) XXI Sarawak yang berlangsung dari 17 hingga 24 Ogos lalu.

Zen Hong menerima RM26,000 insentif kemenangan itu yang disampaikan sendiri Menteri Besar Pahang, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail dalam satu majlis dekat sini pada Rabu.

Iklan
Iklan

Penuntut pra-universiti Sekolah Sukan Bukit Jalil itu meraih emas dalam kategori Pistol 25 meter (m) lelaki individu dan berpasukan, Pistol Udara 10m lelaki individu serta berpasukan selain turut bergelar juara bagi kategori Pistol Standard 25m lelaki individu dan berpasukan.

Lebih membanggakan, Zen Hong turut melakar sejarah tersendiri apabila berjaya memecah rekod Sukma dalam acara Pistol 25m dan Pistol 10m Udara individu lelaki.

Iklan

Menurutnya, insentif yang diterima itu sebagai satu suntikan semangat untuk terus berusaha dalam acara sukan menembak yang diceburi sejak berusia 12 tahun lagi.

"Setakat ini saya belum ada perancangan untuk wang insentif ini, mungkin simpan dahulu dan gunakan untuk sambung pengajian kelak.

Iklan

"Yang penting ia tidak akan bazirkan dan digunakan dengan sebaik mungkin," katanya.

Pemenang tiga pingat emas dan satu perak pada Sukma 2022 itu menyasarkan lebih banyak kejayaan pada masa akan datang termasuk menyahut cabaran Sukma 2026 di Selangor nanti.

Zen Hong antara 161 Wira Tok Gajah penyumbang pingat pada Sukma XXI yang menerima Insentif Kemenangan SUKMA XXI, Sarawak 2024 berjumlah RMRM570,000.

Daripada jumlah itu, RM391,000 merupakan insentif kepada 161 atlet Pahang yang berjaya merangkul pingat pada temasya Sukma itu, Ogos lalu.