China: Lebih ramai pesakit dijangkiti koronavirus pulih

Iklan
Di seluruh China dilapor sejumlah 475 pesakit pulih pada Ahad.

BEIJING - Lebih ramai pesakit di China yang dijangkiti koronavirus telah pulih dan dibenarkan keluar hospital, lapor agensi berita Xinhua.

Pada Isnin seorang pesakit di bandar Suining di wilayah Sichuan barat daya China dibenarkan keluar hospital, menjadikan jumlah keseluruhan seramai 13 orang.

Iklan
Iklan

Sementara itu, di wilayah Fujian timur China seorang pesakit juga dilaporkan telah pulih.

ARTIKEL BERKAITAN: Wanita positif koronavirus selamat lahirkan bayi sihat

Iklan

Angka kematian meningkat, China perlukan bekalan topeng muka

Di Wilayah Autonomi Guangxi Zhuang selatan China, lima pesakit dibenarkan pulang.

Iklan

Sementara itu, pada Ahad, seramai 18 pesakit dibenarkan keluar hospital di wilayah Jiangxi timur China.

Di seluruh China sejumlah 475 pesakit pulih pada Ahad. - Bernama