Peruntukan terhad sukarkan usaha bawa pulang bahan sejarah negara

Iklan
Ahmad Zahid (tengah) menyempurnakan Konvensyen Sejarah dan Perpaduan Nasional 2024 Menelusuri Sejarah:Membina Perpaduan Negara Bangsa di Doube Tree By Hilton I-City di sini.

SHAH ALAM - Kerajaan dalam usaha membawa balik bahan sejarah Malaysia dari luar negara untuk dijadikan bahan rujukan namun berdepan isu peruntukan terhad.

Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata, Arkib Negara memerlukan peruntukan khusus bagi membawa pulang artifak dan dokumen yang dikenal pasti tersimpan di negara penjajah, muzium atau dipegang oleh individu tertentu.

Iklan
Iklan

Menurutnya, beberapa usaha telah dilakukan membabitkan rundingan harga serta kebenaran untuk mengeluarkan bahan sejarah tersebut dari simpanan.

"Harganya mungkin mahal namun bahan-bahan ini perlu dibawa balik sebagai bahan sejarah termasuk artifak serta dokumen dan ini merupakan keperluan mendesak.

Iklan

"Berapa pun harganya usaha perlu dibuat, jika tak ditanggung sepenuhnya oleh kerajaan, mungkin GLIC (Syarikat Pelaburan Berkaitan Kerajaan) atau GLC (Syarikat Berkaitan Kerajaan) boleh membiayai sebahagian," katanya pada Khamis.

Beliau ditemui pada Konvensyen Sejarah dan Perpaduan Nasional 2024 Menelusuri Sejarah:Membina Perpaduan Negara Bangsa di Doube Tree By Hilton I-City di sini.

Iklan

Turut hadir, Menteri Perpaduan Negara, Datuk Aaron Ago Dagang.

Ahmad Zahid berkata, pihaknya belum mendapatkan anggaran peruntukan yang diperlukan bagi tujuan itu.

"Menteri Perpaduan akan membawa cadangan ini ke Kabinet dan kerajaan akan meneliti beberapa keperluan yang diumum kementerian.

"Bahan sejarah ini bukan hanya dicuri ada sebahagian dirampas dan dibawa sebagai dokumen sulit oleh pegawai berkenaan secara peribadi atau rasmi," katanya.