Lima ahli GISBH ditahan di Bukit Kayu Hitam direman seminggu

Iklan
Razarudin Husain

KUALA LUMPUR - Lima lelaki disyaki ahli GISB Holdings Sdn Bhd (GISBH) yang ditahan dalam Op Global di Bukit Kayu Hitam, Kedah pada Rabu direman tujuh hari bagi membantu siasatan.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Husain berkata, permohonan reman ke atas kesemua lelaki berusia 30 hingga 41 itu dibuat di Mahkamah Shah Alam, Selangor.

Iklan
Iklan

"Mereka direman tujuh hari bermula Khamis hingga Rabu bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 12 Akta Antipemerdagangan Orang dan Penyeludupan Migran 2022," katanya ketika dihubungi pada Khamis.

Pada Rabu, Razarudin dilaporkan berkata, penahanan lima individu itu dilakukan Unit Risikan Sempadan Zon Utara Polis Diraja Malaysia (PDRM) selepas mengesan dua motorhome kira-kira jam 6 petang yang mempunyai lambang GISBH pada nombor pendaftaran kenderaan itu.

Iklan
Iklan

Katanya, tiga kenderaan telah dirampas iaitu dua motorhome serta sebuah Perodua Myvi.