PRK Mahkota: Polis lulus 38 permit kempen

Iklan
Bahrin Mohd Noh

KLUANG - Polis meluluskan 38 permit kempen sepanjang Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Mahkota setakat Khamis.

Ketua Polis Daerah Kluang, Asisten Komisioner Bahrin Mohd Noh berkata, permit kempen yang diluluskan itu dimohon oleh Perikatan Nasional (PN) dan Barisan Nasional (BN) sejak hari penamaan calon pada Sabtu lalu.

Iklan
Iklan

"Sebanyak 38 permohonan permit kempen sudah diluluskan dengan sembilan bagi Barisan Nasional (BN), manakala 29 lagi untuk Perikatan Nasional (PN).

"Satu permohonan permit daripada BN ditolak kerana penganjur gagal mendapatkan kebenaran untuk mengadakan tayangan 'big screen' daripada pejabat daerah," katanya dalam kenyataan pada Khamis.

Iklan

Menurut Bahrin, sebahagian besar permit yang diluluskan itu bagi tujuan syarahan awam, ceramah berkelompok, walkabout dan siar raya bergerak.

Tambahnya, kempen yang masuk hari kelima pada Khamis, tidak merekodkan sebarang kejadian tidak diingini.

Iklan

PRK DUN Mahkota diadakan selepas penyandangnya, Datuk Sharifah Azizah Syed Zain meninggal dunia, 2 Ogos lalu.

PRK kali ini menyaksikan pertembungan antara BN dan PN yang masing-masing mempertaruhkan calon Syed Hussien Syed Abdullah dan Mohamad Haizan Jaafar atau dikenal sebagai Coach Haizan.

Hari pengundian akan berlangsung 28 September ini, manakala 24 September sebagai hari undi awal.

Dapatkan liputan komprehensif sepanjang Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Mahkota di sini!.