Op Global: Anak bekas pemimpin Al-Arqam, CEO GISBH ditahan

Iklan
Razarudin

KUALA LUMPUR - [DIKEMAS KINI] Ketua Pegawai Eksekutif GISB Holdings Sdn Bhd (GISBH) antara 19 individu ditahan dalam Op Global di Ibu kota, pada Khamis.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Husain berkata, kesemua individu berusia 25 hingga 65 tahun itu ditahan dalam operasi yang dijalankan Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman pada jam 5.40 pagi.

Iklan
Iklan

"Kita telah menahan 12 lelaki dan tujuh wanita, soal siasat awal dan proses dokumentasi masih dijalankan," katanya ketika dihubungi pada Khamis.

Difahamkan individu lain yang ditahan adalah anak kepada bekas pemimpin Al-Arqam, Ashaari Mohammad.

"Kes turut disiasat mengikut Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 serta Seksyen 14 Akta Antipemerdagangan Orang dan Penyeludupan Migran 2022," katanya

Iklan
Iklan

Pada 12 September lalu, seramai 402 kanak-kanak dan remaja berusia setahun hingga 17 tahun berjaya diselamatkan menerusi serbuan di 20 rumah amal sekitar Selangor dan Negeri Sembilan disyaki menjadi mangsa eksploitasi menerusi Op Global.

Sementara itu, polis dijangka memohon reman terhadap 19 pengurusan tertinggi kumpulan GISB Holdings Sdn Bhd (GISBH) pada Khamis.

Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman dalam satu kenyataan berkata, permohonan reman itu akan dibuat di Mahkamah Majistret 3, di sini pada jam 3 petang susulan tangkapan menerusi Op Global hari ini.