Ketua Setiausaha Pakatan Harapan (PH), Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail menempelak tindakan pembangkang memilih untuk bercakap dengan media berbanding berunding berhubung draf memorandum persefahaman (MoU) berkaitan peruntukan kepada ahli Parlimen Perikatan Nasional (PN).
Datuk Seri Saifuddin berkata, situasi tersebut jauh berbeza dengan perbincangan antara PH yang ketika itu menjadi pembangkang dengan kerajaan di bawah pimpinan bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.