JKKK jadi ejen perpaduan

Iklan
Wan Rosdy (tengah) bersama 81 Pengerusi JKKK dari Daerah Lipis yang telah menerima watikah pelantikan. - Foto ihsan Ucomp

KUANTAN - Ahli Jawatankuasa Kemajuan dan Kemakmuran Kampung (JKKK) bukan sahaja pemimpin yang paling dekat dengan masyarakat malah menjadi perantara dengan wakil rakyat.

Menteri Besar Pahang, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail berkata, JKKK boleh menjadi ejen perpaduan dalam usaha kerajaan membangunkan kawasan kampung.

Iklan
Iklan

"Kita berharap wakil masyarakat ini sentiasa mengingatkan penduduk bersatu padu dan jangan berpecah belah," katanya dalam kenyataan semalam.

Beliau sebelum itu menyerahkan watikah pelantikan kepada 81 Pengerusi JKKK dari Daerah Lipis dan merasmikan Mesyuarat Agong Pertubuhan Perkumpulan Perempuan (WI) di daerah itu.

Iklan

Hadir sama Exco Pertanian, Industri Asas Tani dan Bioteknologi Negeri Pahang, Datuk Seri Ir Mohd Soffi Tan Sri Abd Razak, Exco Kerajaan Tempatan dan Perumahan Negeri; Abd Rahim Muda dan Ahli Parlimen Lipis, Datuk Abdul Rahman Mohamad.

Pada majlis itu Wan Rosdy turut mengumumkan peruntukan sebanyak RM50,000 kepada WI Daerah Lipis bagi melaksanakan pelbagai program kemasyarakatan.

Iklan

Sementara itu, Pengerusi JKKK Samak Jani, Zulrindan Zulkifli, 53, berkata, usaha kerajaan Pahang mewujudkan JKKK bertujuan memudahkan rakyat.

"Saya menyokong langkah kerajaan kerana dapat membantu menyelesaikan masalah di peringkat rakyat terutama terutama berkaitan urusan," katanya.