Pempengaruh terkenal didakwa di Mahkamah KL esok

Iklan
Gambar hiasan

PUTRAJAYA - Seorang pempengaruh yang tular berhubung kes derma awam akan didakwa di Mahkamah Kuala Lumpur pada Jumaat.

Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) memaklumkan perkara itu menerusi kenyataan di TikTok pada Khamis.

Iklan
Iklan

"SPRM telah mendapat izin mendakwa pempengaruh terkenal, Mohd Hazalif Mohd Hazani dikenali Alif Teega akan didakwa Mahkamah Kuala Lumpur esok," katanya.

Pada 10 Julai lalu, media melaporkan pempengaruh bersama isterinya ditahan SPRM pada jam 6.40 petang.

Iklan

Pasangan itu ditahan berhubung siasatan kutipan derma melebihi jutaan ringgit, namun difahamkan wang itu tidak disalurkan secara betul.

SPRM turut membekukan kira-kira 20 akaun bank membabitkan nilai lebih RM740,000 susulan siasatan penyelewengan dana derma awam membabitkan pasangan pempengaruh bersama dua lagi individu.

Iklan

Beberapa akaun yang dibekukan itu dimiliki individu serta syarikat yang dipercayai mempunyai kaitan dengan dana diterima daripada orang ramai menggunakan satu platform kutipan derma secara dalam talian.