ACM komited bantu petani menerusi teknologi baharu tanaman padi

Iklan
Pengarah Bahagian Pengairan dan Saliran Pertanian (BPSP), Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan (KPKM), Yuslina Mohd Sani (tiga dari kanan) diberi penerangan ketikan melakukan lawatan ke reruai ACM di laman padi

AGRICULTURAL Chemicals (M) Sdn Bhd (ACM) terus komited untuk membantu petani dalam mengatasi masalah pengurusan tanaman padi dan meningkatkan hasil pengeluaran negara menerusi pengenalan produk Staner.

Pengurus Kanannya, Mohd Asri Mahmud berkata, ACM akan terus menengahkan teknologi baharu dari Jepun untuk menyelesaikan masalah petani membabitkan industri padi negara iaitu penyakit hawar bulir bakteria (BPB).

Iklan
Iklan

"Penyakit berkenaan telah menjadi wabak dan ancaman baharu kepada industri padi bukan saja di Malaysia malah di peringkat global. Ia sangat berbahaya dan berupaya menyebabkan kehilangan sehingga 80 peratus serta kejatuhan hasil dan kualiti padi.

"Solusi ini, iaitu produk Staner adalah satu-satunya racun bakteria di Malaysia yang mengandungi perawis aktif daripada kumpulan carboxylic acid yang bertindak secara sistemik," katanya pada Rabu.

Iklan
Asri (kanan) bersama Ketua Pengarah Kawal Selia Padi dan Beras, Datuk Azman Mahmood.

Pada masa sama, beliau memaklumkan, menerusi pengenalan terhadap teknologi tersebut diharapkan dapat membantu dalam memastikan hasil padi dan bekalan makanan negara lebih terjamin.

Ujarnya, ACM turut mempelopori industri pengeluaran bahan kimia pertanian serta peralatan mekanisasi perladangan khususnya untuk tanaman padi negara.

Iklan

Menurut Mohd Asri, ACM merupakan usahasama antara Malaysia dan Jepun dengan mengetengahkan teknologi dari Jepun mengikut kesesuaian keadaan di negara ini.

"ACM bukan sahaja sebagai syarikat pembekal pestisid malah adalah syarikat pengeluar pestisid dengan mempunyai ibu pejabat dan fasiliti pengeluaran racun di Taman Perindustrian Perai, Pulau Pinang.

"Di sini pestisid dirumus dan dihasilkan untuk pasaran dalam dan luar negara, untuk melengkapkan lagi jaringan perkhidmatan kami.

Pengarah Bahagian Pengairan dan Saliran Pertanian (BPSP), Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan (KPKM), Yuslina Mohd Sani melakukan lawatan ke reruai di laman padi untuk melihat solusi baru tanaman padi kerjasama dari Jepun.

Mengulas lanjut, Mohd Asri memaklumkan, ACM turut menjadi pembekal tunggal peralatan semburan di Malaysia bagi Syarikat Maruyama dari Jepun dan Jacto, Brazil.

Ujarnya, bermula 2008 sehingga kini, ACM merupakan antara syarikat yang diberikan tanggungjawab sebagai pembekal input pertanian dalam skim bantuan kerajaan kepada petani iaitu Skim Insentif Pengeluaran Padi (SIPP) dan Skim Bantuan Racun Padi Bukit/Huma (SBRPB).

"ACM merupakan satu-satunya syarikat kimia pertanian yang masih mengekalkan pusat penyelidikan dan pembangunan dikenali sebagai ACM Development and Inovation Center (ADIC) di Selama, Kedah dengan keluasan 25 hektar.

"ADIC ditubuhkan sejak 1978 dan kini sedang giat menjalankan kajian untuk membangunkan agri solusi baru bagi menyelesaikan permasalahan petani dan meningkatkan hasil pengeluaran," jelasnya.