TH terima sumbangan RM4.8 juta daripada 31 syarikat korporat

Iklan
Mohd Na'im

KUALA LUMPUR - Lembaga Tabung Haji (TH) menerima sumbangan bernilai RM4.8 juta daripada 31 syarikat korporat melalui program Sahabat Korporat TH bagi membantu melancarkan urusan ibadah jemaah haji Malaysia.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Dr Mohd Na'im Mokhtar berkata, salah satu faktor kejayaan TH ketika musim haji adalah atas komitmen serta keprihatinan berterusan daripada Sahabat Korporat TH.

Iklan
Iklan

"Alhamdulillah, kerjasama rapat agensi kerajaan dan swasta termasuk sukarelawan dalam program Sahabat Korporat 1445 Hijrah ia berlangsung dan tamat dengan jaya serta cemerlang.

"Jadi, saya minta bantuan 31 sahabat korporat TH untuk 'bisik' dan menyampaikan hasrat saya kepada rakan korporat yang lain untuk memberi sumbangan bagi menjayakan operasi haji 1446 Hijrah nanti.

Iklan

"(Sumbangan ini) untuk kita bahagi saham akhirat sesama kita, asbab berkat bantuan diberikan oleh syarikat korporat ini... ALLAH SWT akan buka rezeki yang lebih luas kepada mereka kerana membantu jemaah haji 1446 Hijrah," katanya.

Mohd Na'im bergambar bersama Sahabat Korporat TH di Majlis Kesyukuran Sempena Tamat Operasi Haji Musim 1445 Hijrah di Menara TH pada Khamis.

Beliau berkata demikian ketika ditemui sewaktu sidang akhbar selepas Majlis Kesyukuran Sempena Tamat Operasi Haji Musim 1445 Hijrah di Menara TH, disini pada Khamis.

Iklan

Mengulas lanjut, beliau mengucapkan, setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada semua 57 agensi kerajaan dan swasta yang terlibat secara langsung atau tidak langsung dalam menjayakan operasi Musim Haji 1445H.

Ujarnya, Malaysia dipilih sekali lagi untuk pelaksanaan Program Pra-Perlepasan Imigresen Arab Saudi atau ‘Makkah Route’ dimana ia memendekkan masa bagi urusan imigresen jemaah setibanya di Tanah Suci.

"Terima kasih kepada Duta Besar Arab Saudi di Malaysia iaitu Tuan Yang Terutama, Mesaad Ibrahim Al Sulaim atas kerjasama, bantuan dan sokongan baik yang diberikan sepanjang operasi haji berjalan.

"Penganjuran majlis hari ini juga tanda penghargaan TH kepada pihak yang bersama-sama menjayakan operasi haji di Tanah Air dan Tanah Suci melibatkan petugas haji, anggota agensi kerajaan dan syarikat swasta," katanya.

Tambah beliau, antara sumbangan yang diterima daripada Sahabat Korporat TH adalah wang tunai dan barang keperluan asas jemaah haji.

Ujarnya, barangan seperti beg beroda, beg sandang, tikar jemaah, tikar sejadah, bahan bacaan iaitu buku doa, peralatan kesihatan dan kelengkapan harian turut disediakan bagi memudahkan urusan jemaah sepanjang mengerjakan haji di Tanah Suci.