Raudhatus Saadah tanah perkuburan Islam terancang pertama di Kelantan

Iklan
Hasnan (tengah) menunjukkan lokasi Tanah Perkuburan Islam Raudhatus Saadah, Rantau Panjang di bawah kelolaan MAIK pada Khamis

KOTA BHARU - Tanah Perkuburan Islam Raudhatus Saadah, Rantau Panjang di bawah kelolaan Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Kelantan (MAIK) menjadi tanah perkuburan Islam terancang yang pertama di negeri ini.

Timbalan Yang Dipertua MAIK, Dr Hasnan Ramli berkata, MAIK melantik pengurusan khas yang akan memastikan semua pentadbiran berkaitan tanah perkuburan itu berjalan lancar.

Iklan
Iklan

Beliau memberitahu, tanah seluas 2.3 hektar di Mukim Gual Tinggi yang memuatkan sebanyak 4,552 plot kubur itu akan beroperasi Oktober ini.

"Melalui pengurusan yang ada, kedudukan kubur juga lebih sistematik dan mengikut standard yang ditetapkan," katanya kepada pemberita pada Khamis.

Iklan

Beliau memberitahu, MAIK bersetuju membenarkan empat mukim di sekitar tanah perkuburan Islam Raudhatus Saadah mengebumikan jenazah di tanah perkuburan itu.

Jelas beliau, mukim terbabit ialah Masjid Jubli Perak Sultan Ismail Petra (Masjid Beijing), Masjid Mukim Taman Sri Rantau Panjang, Masjid Mukim Banggol Kulim, dab Masjid Mukim Gual Tinggi.

Iklan

Tambahnya lagi, borang permohonan untuk pengurusan jenazah waris atau ahli keluarga boleh dibuat melalui pejabat masjid di Pejabat Tanah Perkuburan Islam Raudhatus Saadah, Pejabat Masjid Jubli Perak Sultan Ismail Petra (Masjid Beijing), Pejabat Masjid Mukim Gual Tinggi, Pejabat Masjid Mukim Banggol Kulim dan Pejabat Masjid Mukim Taman Sri Rantau.

Hasnan berkata, MAIK turut merancang Tanah Perkuburan Islam di Mukim Tanjung Chat, Kota Bharu menjadi tanah perkuburan terancang yang kedua selepas Rantau Panjang.

"Tanah perkuburan seluas 0.8 hektar itu akan memberi manfaat kepada penduduk mukim sekitarnya kerana lebih dekat di kawasan mereka," katanya.