Yayasan Raja Shamri, The 3rd Force teruskan rutin hulur bantuan

Iklan
GOLONGAN memerlukan daripada pelbagai kaum mendapat manfaat daripada agihan bantuan daripada Yayasan Raja Shamri dan The 3rd Force.

SELAMA 10 tahun, pertubuhan bukan kerajaan (NGO) Yayasan Raja Shamri dan The 3rd Force meneruskan rutin mereka menghulurkan bantuan kepada golongan yang memerlukan hasil dana sumbangan orang ramai.

Pengasas yang juga Pengerusi Eksekutifnya, Raja Shamri Raja Husin berkata, kedua-dua NGO yang diuruskan beliau bersama pasukan sukarelawannya di seluruh negara itu menggunakan dana sumbangan orang awam tanpa mengambil sebarang komisen.

Iklan
Iklan

RAJA SHAMRI (duduk tiga dari kiri) bersama sukarelawan Yayasan Raja Shamri dan The 3rd Force selepas menyampaikan bantuan barangan keperluan asas kepada asnaf serta golongan memerlukan di sekitar Seri Kembangan baru-baru ini.

"Oleh sebab itulah Yayasan Raja Shamri dan The 3rd Force boleh bertahan sehingga sekarang dan semakin berkembang sejak ia dimulakan pada 2014,” katanya kepada Sinar Islam Plus.

Iklan

Beliau berkata demikian ketika selepas menyampaikan bantuan barangan keperluan asas kepada asnaf dan golongan memerlukan sekitar Seri Kembangan, Selangor.

WALAUPUN sibuk dengan bantuan bencana, sukarelawan tetap menghulurkan bantuan keperluan asas kepada golongan yang memerlukan di seluruh negara.

Iklan

Turut hadir Pengerusi Penduduk Kota Impian, Kota Perdana, Azmani Che Ngah Md Daud dan wakil The 3rd Force Selangor, Muhammad Taufiq Mat Taib.

Tambah Raja Shamri, setakat ini pihaknya telah menghulurkan bantuan barangan keperluan kepada lebih 110,000 orang, membina dan membaiki lebih 600 rumah asnaf serta bantuan pendidikan kepada lebih 317,000 pelajar.

Pihaknya yang menggunakan slogan ‘Jom jadi orang baik-baik’ turut berterima kasih kepada orang ramai yang pemurah dan prihatin terhadap golongan yang memerlukan ini.

Menurutnya, Yayasan Raja Shamri dan The 3rd Force tertumpu kepada bantuan selepas banjir pada tahun lepas diikuti dengan bantuan akibat kemarau panjang selama empat bulan di Kelantan pada tahun ini.

SEBAHAGIAN daripada penerima agihan bantuan barangan keperluan asas yang disampaikan Yayasan Raja Shamri dan The 3rd Force di Seri Kembangan baru-baru ini.

"Pihak kami teruskan juga rutin mengagihkan bantuan kepada golongan memerlukan seluruh negara walaupun sibuk dengan bantuan bencana,” ujarnya.

Beliau turut berpesan kepada orang ramai terutamanya golongan remaja dan belia agar memanfaatkan masa untuk membantu orang-orang yang memerlukan.

"Jadi, usah segan dan malu untuk bersama-sama dengan Yayasan Raja Shamri dan The 3rd Force ini. Jom jadi orang baik-baik,” katanya.