Banduan larikan diri: Jabatan Penjara Malaysia tubuh Lembaga Siasatan

Iklan
Laporan Sinar Harian.

KAJANG - Jabatan Penjara Malaysia menubuhkan Lembaga Siasatan bagi mengenal pasti punca seorang banduan melarikan diri ketika menerima rawatan di Hospital Sungai Buloh pada Rabu.

Jabatan Penjara Malaysia menerusi kenyataan memaklumkan tidak akan berkompromi dan mengambil tindakan tegas terhadap pihak yang bertanggungjawab sekiranya didapati terdapat unsur kecuaian atau kelemahan prosedur semasa melaksanakan tugas.

Iklan
Iklan

"Jabatan Penjara Malaysia turut menubuhkan pasukan pencarian dengan kerjasama Polis Diraja Malaysia (PDRM) untuk mengesan banduan berkenaan.

"Sehingga kini usaha pencarian sedang dipergiatkan dan diperluaskan ke kawasan lain," katanya.

Iklan

Jabatan Penjara Malaysia memohon kerjasama orang awam mempunyai maklumat mengenai individu yang mencurigakan untuk segera menghubungi Penjara Sungai Buloh melalui talian 03-61843333 atau Ibu Pejabat Polis Daerah Sungai Buloh di talian 03-61561222.

Pada Rabu, media melaporkan seorang banduan memiliki lapan rekod jenayah dan dadah melarikan diri ketika menerima rawatan di Hospital Sungai Buloh.

Iklan

Ketua Polis Daerah Sungai Buloh, Superintenden Mohd Hafiz Muhammad Nor dilaporkan berkata, individu terbabit merupakan banduan di Penjara Sungai Buloh.

Polis menerima maklumat berkaitan kejadian pada jam 3.56 petang.

Banduan yang dikenali sebagai Kalai Kumar Anandan, 27, ketika kejadian sedang mendapatkan rawatan di hospital berkenaan.