Manchester United digesa bawa masuk Cavani

Iklan
Kehadiran Cavani diharap bantu atasi masalah jaringan United. - Foto Getty Images

Atasi masalah jaringan Red Devils

Bekas bintang Manchester United, Robin Van Persie menggesa bekas kelabnya itu untuk membawa masuk penyerang Paris St Germain, Edinson Cavani.

Menurut Van Persie, kelab The Red Devils itu perlu menjadikan penyerang kelahiran Uruguay itu sebagai pemain pertama yang ditandatangani pada jendela perpindahan musim panas nanti.

Iklan
Iklan

"MU perlu mengikat Cavani bagi tempoh jangka panjang dalam usaha menyelesaikan masalah ketandusan jaringan ketika ini,” katanya.

Untuk rekod, Cavani 33, telah menjaringkan 198 gol sejak menyertai PSG daripada Napoli pada 2013 lalu dan menjadi penjaring terbanyak buat kelab Les Parisiens itu.

Iklan

Difahamkan, Manchester United pernah cuba untuk membawa masuk Cavani Januari lalu, bagaimanapun menukar haluan untuk membawa masuk penyerang Shanghai Shenhua yang juga bekas pemain Watford, Odion Ighalo, 30 secara pinjaman sehingga penghujung musim ini.

Sementara itu Van Persie berkata, dalam keadaan penyerang Marcus Rashford yang masih belum pulih daripada kecederaan bahagian belakang, jelas Cavani adalah pemain yang patut menjadi sasaran United musim panas nanti.

Iklan

Justeru dengan baki kontrak selama enam bulan di PSG, United seharusnya cua untuk mencapai persetujuan dan menyaksikan penyerang kelahiran Uruguay itu ke Old Trafford.

"Cavani adalah pemain yang bijak dan ibarat ‘mesin gol’ ketika di depan gawang lawan,” katanya ketika menjawab soalan seorang pengikut di laman Twitternya baru-baru ini.