SHAH ALAM - Pemimpin Hizbullah, Hassan Nasrallah dijangka memberikan ucapan berkaitan serangan pager dan walkie-talkie yang berlaku dua hari lalu.
Difahamkan, Hassan akan menyampaikan ucapan tersebut secara langsung pada 5 petang waktu Lubnan bersamaan jam 10 malam waktu tempatan.
Iklan
Iklan
Memetik laporan berita Al-Jazeera, ucapan beliau penting bagi meredakan kebimbangan masyarakat dengan menjelaskan dan mendedahkan perkara yang berlaku.
Selain itu, penganalisis ketenteraan Elijah Magner berkata, ia memberikan ketenangan, namun bukan sebagai pengakhiran bagi kemalangan yang berlaku tersebut.
"Orang ramai akan menunggu untuk mengetahui niat sebenar dan bagaimana Hassan akan membalas,” katanya.