Situasi makin buruk, Kedah paling tinggi mangsa banjir

Iklan
Kediaman penduduk yang ditenggelami air sejak isnin lalu ketika tinjauan banjir di Kampung Padang Luar dekat Jitra pada Khamis. Foto Bernama

KUALA LUMPUR - Situasi banjir di beberapa negeri terus memburuk dengan ribuan mangsa terpaksa dipindahkan ke pusat pemindahan sementara (PPS) di seluruh negara.

Menurut portal InfoBencana Jabatan Kebajikan Masyarakat, setakat jam 8.08 malam pada Khamis, Kedah kekal negeri paling teruk terjejas dengan 4,424 mangsa iaitu peningkatan 511 orang berbanding data jam 3.20 petang tadi.

Iklan
Iklan

Ia membabitkan 1,306 keluarga berbanding 1,160 pada sebelah petang tadi melibatkan tujuh daerah sama iaitu Kuala Muda, Kota Setar, Kulim, Kubang Pasu, Pendang, Pokok Sena dan Bandar Baharu. Sejumlah 31 PPS dibuka di negeri itu dengan daerah Kota Setar mempunyai PPS yang menempatkan paling ramai mangsa iaitu 1,692 orang terdiri daripada 515 keluarga.

Di Pulau Pinang, masih kekal lapan PPS di tiga daerah dibuka setakat ini dengan terdapat sedikit penurunan kepada 582 mangsa daripada 159 keluarga dipindahkan.

Iklan

Rentetan itu, pihak berkuasa tempatan di setiap negeri menekankan bahawa mereka terus memantau keadaan terkini serta menggerakkan bantuan untuk memastikan keselamatan mangsa di semua lokasi.

Orang ramai dinasihatkan agar sentiasa peka dengan arahan pihak berkuasa dan mengambil langkah berjaga-jaga. - Awani

Iklan