USIM sedia pelbagai inisiatif kepada pelajar kurang mampu

Iklan
Sharifudin

NILAI - Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) menyediakan pelbagai inisiatif bagi memastikan pelajar kurang berkemampuan dapat meneruskan pengajian.

Naib Canselornya, Profesor Datuk Ts Dr Sharifudin Md Shaarani berkata, ia termasuk memberikan kemudahan penangguhan bayaran yuran semasa pendaftaran serta membuka ruang kepada pelajar untuk membuat permohonan bantuan kewangan daripada universiti dan pihak berkaitan.

Iklan
Iklan
Sharifudin berkata terdapat pelbagai amalan yang dipraktikkan USIM dalam membantu pelajar kurang berkemampuan melalui beberapa bantuan kewangan seperti biasiswa, pinjaman, dermasiswa dan zakat.

"Sehubungan itu, kita menyambut baik saranan Menteri Pendidikan Tinggi agar semua pentadbir universiti menerima masuk pelajar miskin dan daif, termasuk menangguhkan bayaran yuran pendaftaran mereka.

"Ia selaras dengan komitmen USIM dalam memberi peluang pendidikan kepada semua lapisan masyarakat tanpa mengira latar belakang ekonomi," katanya dalam kenyataan kepada Sinar Harian pada Khamis.

Iklan

Sementara itu, Sharifudin berkata, pihaknya juga mendukung inisiatif kerajaan untuk mengarahkan universiti menguruskan bantuan awal pengajian melalui Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) bagi golongan mahasiswa yang memerlukan.

Ujar beliau, ia sejajar dengan dasar USIM yang menitikberatkan aspek kebajikan pelajar.

Iklan

"USIM juga tidak terlepas daripada berdepan dengan situasi di mana sebilangan pelajar mengalami masalah untuk mendaftar yuran pengajian disebabkan faktor kewangan.

"Isu itu terutamanya dialami pelajar dari golongan berpendapatan rendah, golongan B40 dan golongan asnaf," katanya.

Jelasnya beliau, terdapat pelbagai amalan yang dipraktikkan dalam membantu pelajar kurang berkemampuan melalui beberapa bantuan kewangan seperti biasiswa, pinjaman, dermasiswa dan zakat.

USIM menyediakan pelbagai inisiatif bagi memastikan pelajar kurang berkemampuan dapat meneruskan pengajian.

Selain itu, katanya, turut disediakan ialah pinjaman wang kecemasan kepada pelajar yang memerlukan kewangan segera dan program bantuan makanan kepada pelajar yang menghadapi masalah untuk menampung kos sara hidup.

Pada Khamis, Menteri Pendidikan Tinggi, Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir mengarahkan semua pentadbir universiti menerima masuk pelajar miskin dan daif, termasuk menangguhkan bayaran yuran pendaftaran mereka.

Zambry turut mengarahkan pihak universiti menguruskan bantuan awal pengajian melalui PTPTN kepada golongan mahasiswa berkenaan.