Baik pilih Khairul Aming berbanding Speed

Iklan
Khairul Aming

ZAMAN sekarang, ramai anak muda kita lebih mendewakan pempengaruh luar negara seperti IShowSpeed (Speed) berbanding dengan pempengaruh tempatan yang sebenarnya lebih dekat dengan budaya kita.

Bukan Merak nak kata Speed itu tak bagus, dia memang terkenal dengan gelagatnya yang 'over-the-top' dan mencuit hati, tapi kalau dibandingkan dengan Khairul Aming, kita sebenarnya ada idola yang lebih relevan dan bermanfaat untuk dijadikan inspirasi.

Iklan
Iklan

Siapa tak kenal Khairul Aming? Nama yang telah trending dalam dunia pempengaruh Malaysia dengan video memasaknya yang sempoi tapi tetap menggiurkan.

Resipi-resipi yang dikongsi Khairul Aming bukan sahaja mudah dan sedap, tapi juga menunjukkan betapa kreatifnya menghasilkan konten yang menarik. Dah lah pandai masak, humble pulak tu!

Iklan

Kalau nak diikutkan, Speed dengan Khairul Aming ni memang jauh berbeza.

Speed lebih kepada hiburan spontan dan kontroversi yang mungkin seronok untuk seketika. Tapi Khairul Aming pula menawarkan sesuatu yang lebih bernilai.

Iklan

Dia ajar kita tentang kesabaran, usaha gigih dan pentingnya kreativiti dalam apa jua bidang yang kita ceburi.

Selain itu, dia juga banyak memberi inspirasi kepada orang muda untuk berani mencuba sesuatu yang baru.

Bayangkan, dari seorang yang mula-mula buat video masakan di dapur rumah, kini dia dah ada bisnes yang berjaya. Kalau itu bukan contoh kejayaan, tak tahulah Merak nak cakap apa lagi.

Khairul Aming juga sentiasa mengekalkan identitinya sebagai anak Malaysia yang bangga dengan budaya tempatan.

Speed mungkin ada hiburannya yang tersendiri, tapi content yang dihasilkan oleh Khairul Aming lebih mendidik dan memberi manfaat kepada masyarakat kita, khususnya generasi muda.

Jadi, carilah idola pempengaruh yang betul-betul memberi impak positif dalam kehidupan kita.