Isu 3R hanya modal politik murahan

Iklan
Malaysia memerlukan politik matang dan berasaskan dasar, bukan politik memecahbelahkan serta meracuni fikiran rakyat dengan isu-isu perkauman atau keagamaan. Gambar hiasan

SETIAP kali pilihan raya menjelang atau apabila sesuatu pihak parti politik berasa kedudukannya terancam, isu 3R - Race, Religion dan Royalty ini kembali dimainkan, seolah-olah menjadi senjata ampuh untuk mencapai agenda politik tertentu.

Namun, adakah wajar isu 3R ini dijadikan alasan oleh mereka untuk tolak MoU berkenaan dan terus digunakan sebagai modal politik tanpa mengambil kira kesan jangka panjangnya kepada perpaduan rakyat dan kestabilan negara?

Iklan
Iklan

Sejak sekian lama politik identiti dan isu 3R memang sudah sebati dalam landskap politik Malaysia memandangkan kebanyakan parti politik ini berasaskan kaum mahupun memperjuangkan agama.

Dan ada pula ahli politik sering mengambil kesempatan terhadap sensitiviti ini untuk menonjolkan diri sebagai pejuang kepentingan kaum atau agama tertentu.

Iklan

Namun, menggunakan isu ini sewenang-wenangnya boleh mencetuskan ketegangan antara kaum dan menimbulkan perpecahan dalam masyarakat.

Malah, ada ahli politik yang begitu cenderung memainkan isu ini sebagai modal politik untuk mengekalkan kuasa atau mengalihkan perhatian daripada isu-isu sebenar untuk kelemahan sendiri.

Iklan

Mereka sedar bahawa dengan memanipulasi sentimen perkauman dan keagamaan, mereka boleh mengekalkan sokongan daripada kelompok-kelompok tertentu.

Apabila isu 3R dimainkan tanpa kawalan, ia membawa beberapa implikasi yang serius seperti menjejaskan perpaduan kaum bila isu 3R digunakan sebagai alat politik, ia boleh memecahbelahkan rakyat dan menghakis rasa hormat antara satu sama lain.

Ini bukan sahaja menjejaskan keharmonian masyarakat tetapi juga boleh mencetuskan konflik yang lebih besar.

Malah Malaysia dikenali sebagai negara yang berjaya mengekalkan keharmonian dalam kepelbagaian.

Namun, apabila ahli politik terus-menerus mempergunakan isu 3R untuk kepentingan peribadi, ia memberi gambaran negatif tentang negara ini kepada dunia luar.

Perlukah Isu 3R terus dimainkan? Jawapannya jelas: Tidak.

Malaysia memerlukan politik matang dan berasaskan dasar, bukan politik memecahbelahkan serta meracuni fikiran rakyat dengan isu-isu perkauman atau keagamaan.