Manchester United tekad padam memori duka di Selhurst Park

Iklan
Ten Hag

MANCHESTER United bertekad memadamkan memori kekalahan 0-4 kepada Crystal Palace musim lalu di Stadium Selhurst Park, setelah menambahbaik skuad musim ini, kata pengurus Erik ten Hag.

Susulan kekalahan 3-0 di tempat sendiri kepada Liverpool awal bulan ini, United kembali semula memburu kejuaraan liga apabila menang ke atas Southampton 3-0 diikuti membelasah Barnsley 7-0 dalam Piala Liga, kini lebih bersedia untuk kunjungun aksi Liga Perdana Inggeris ke Selhurst Park, pada Ahad.

Iklan
Iklan

United telah memperkukuh skuad dengan pemain baharu, termasuk pemain pertahanan Matthijs de Ligt, pemain tengah Manuel Ugarte, dan penyerang Joshua Zirkzee selepas selepas semusim dibelenggu kecederaan yang mengehadkan pilihan ren Hag dalam kedua-dua bahagian serangan dan pertahanan.

"Kekalahan 0-4 (pada Mei) sememangnya layak, tetapi situasi Ahad akan berbeza. Saya tidak membandingkan (situasi) tetapi mulai Februari, setiap kali, kami perlu mencari 11 pemain yang boleh membina pasukan.

Iklan

Sementara itu, Victor Lindelof, Tyrell Malacia, Luke Shaw dan Leny Yoro kekal diketepikan tetapi United telah diberi semangat dengan kembalinya pemain tengah Mason Mount dan penyerang Rasmus Hojlund.

"Kami mempunyai begitu banyak perlawanan pada ketika ini untuk diharungi jadi ya, perkembangan ini sangat mengembirakan dan berita baik.

Iklan

"Mereka kembali ke padang, dalam latihan, kami perlu memutuskan (Sabtu) sama ada mereka cukup cergas. Tetapi saya rasa ia sangat menggembirakan mereka kembali bersama skuad.

"Apabila anda mempunyai skuad penuh yang tersedia maka lebih mudah untuk menguruskan beban apabila anda berada dalam keadaan seperti musim lalu dan terdapat keperluan untuk bermain, kami perlu membebankan mereka.

"Kami berharap kami dapat menyepadukan mereka dengan cara yang sangat berhati-hati," ujar bekas pengendali gergasi liga Belanda, Ajax Amsterdam itu

The Eagles, kendalian Oliver Glasner tidak menang aksi permulaan liga apabila mencatatkan dua kekalahan dan dua seri sebelum menang 2-1 hasil jaringan Eberechi Eze dan pemain baharu Eddie Nketiah dalam aksi Piala Liga di Queens Park Rangers menyuntik beberapa kepositifan.

LIGA PERDANA INGGERIS

Sabtu (21 September)

West Ham United lwn Chelsea, 7.30 malam

Aston Villa lwn Wolverhampton, 10 malam

Fulham lwn Newcastle United, 10 malam

Southampton lwn Ipswich Town, 10 malam

Tottenham Hotspur lwn Brentford, 10 malam

Leicester City lwn Everton, 10 malam

Liverpool lwn Bournemouth, 10 malam

Ahad (22 September)

Crystal Palace lwn Manchester United, 12.30 tengah malam

Brighton lwn Nottingham Forest, 9 malam

Manchester City lwn Arsenal, 11.30 malam