PTPTN juara pertandingan permainan tradisional sempena FPM@KL 2024

Iklan
Kontinjen PTPTN dinobatkan sebagai Juara Keseluruhan Pertandingan Permainan Tradisional Kategori Sektor Korporat sempena Festival Permainan Malaysia @ Kuala Lumpur (FPM@KL) 2024.

KUALA LUMPUR - Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) telah menyertai Pertandingan Permainan Tradisional Kategori Sektor Koporat sempena Festival Permainan Malaysia @ Kuala Lumpur (FPM@KL) 2024 yang diadakan pada 15 September 2024.

Festival ini yang dianjurkan oleh Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC) melalui Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur (JKKN WPKL) bersama Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) dan Persatuan Sukan Tradisional Malaysia telah berlangsung di Dataran Merdeka, Kuala Lumpur.

Iklan
Iklan

PTPTN melalui Kelab Sukan dan Kebajikan (KSK) telah menghantar seramai 80 peserta ke festival berkenaan.

Kontinjen PTPTN telah diketuai oleh Ketua Biro Sukan KSK PTPTN, Ts. Ahmad Iskandar Ahmad Rashid

Iklan

Dan penyertaan PTPTN dalam FPM@KL 2024 ini merupakan kali ketiga sejak mula menyertainya pada tahun 2022.

Keputusan FPM@KL itu telah menobatkan PTPTN sebagai juara keseluruhan, manakala tempat kedua dimenangi oleh Tenaga Nasional Berhad (TNB), tempat ketiga ialah Malaysia Airport Berhad (MAHB) dan tempat keempat ialah RHB Bank Berhad.

Iklan

PTPTN turut memenangi Busana Terbaik bagi kategori sepak raga ratus dan memanah tradisional.


PTPTN telah memenangi empat pingat emas dan dua pingat perak. Pingat emas yang diperolehi PTPTN adalah menerusi acara memanah berpasukan wanita, kelereng berpasukan lelaki, menyumpit berpasukan lelaki dan tuju tin lelaki.

Manakala pingat perak diperolehi menerusi acara galah panjang wanita dan tarik tali lelaki.

Bagi juara keseluruhan, PTPTN telah menerima hadiah tunai berjumlah RM8,000 di samping membawa pulang Piala Pusingan FPM.

PTPTN turut menerima hadiah tambahan berjumlah RM1,000 dari Bank Simpanan Nasional (BSN) selaku penaja dan pakej percutian dua hari satu malam dari Hotel Seri Malaysia serta RM1,000 bagi juara pertandingan Khemah Terbaik.

Selain itu, hadiah berupa hamper turut diterima kerana berjaya memenangi Busana Terbaik bagi kategori sepak raga ratus dan memanah tradisional.

Peserta PTPTN memenangi pingat perak Pertandingan Tarik Tali Lelaki.


Penyampaian Hadiah FPM@KL 2024 telah disempurnakan oleh Ketua Pengarah JKKN, Mohd

Amran Haris, diiringi Pengarah JKKNWPKL, Hidayatul ‘Ein binti Mohamad Azmi.

Turut mengambil bahagian dalam Kategori Sektor Korporat ialah Perbadanan Sisa Pepejal dan Pembersihan Awam (SWCorp), Bank Negara Malaysia (BNM), Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB), Bank Simpanan Nasional (BSN), Kelab Sukan dan Rekreasi Petronas, PERKESO dan Etiqa Insurans & Takaful.

PTPTN sebagai agensi di bawah Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) mengucapkan syabas dan tahniah kepada peserta dan pasukan sektor korporat yang menyertai FPM@KL 2024 terutamanya wakil peserta PTPTN kerana terus komited membawa perubahan dan transformasi seiring keperluan semasa dan membuka peluang kejayaan kepada semua