Alif Teega hadir ke mahkamah ditemani isteri

Iklan
Alif Teega (kanan) ditemani isteri, Aisyah Hijanah hadir ke Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur pada jam 9 pagi Jumaat.

KUALA LUMPUR - Pempengaruh, Alif Teega hadir ke Mahkamah Sesyen di sini pada jam 9 pagi Jumaat, difahamkan bagi menghadapi dua pertuduhan menyalahgunakan dana derma.

Alif atau nama sebenarnya Mohd Hazalif Mohd Hazani, 30, yang memakai baju kemeja mengelak daripada bertembung dengan pengamal media kerana memasuki mahkamah di laluan lain.

Iklan
Iklan

Lelaki itu hadir dengan ditemani isterinya, Aisyah Hijanah, mungkin didakwa mengikut Seksyen 403 Kanun Keseksaan, selepas pihak Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) mengesahkan perkara berkenaan, melalui aplikasi TikTok pada Khamis.

Mengulangi perkara sama ketika dihubungi, peguam Abd Rahim Ali yang mewakili pempengaruh berkenaan berkata, anak guam akan didakwa atas pertuduhan terbabit.

Iklan

Pada 11 Julai lalu, seorang pempengaruh dan isterinya ditahan reman tujuh hari, bagi membantu siasatan kes salah guna kuasa untuk mendapatkan rasuah, bermula 2022 lalu.

Ia susulan, tular di media sosial mengenai seorang pempengaruh yang dikatakan mengambil komisen daripada kutipan derma, dengan peratusan yang tinggi.

Iklan

Selain itu, pasangan itu juga dikatakan hidup dalam kemewahan sehingga menimbulkan pelbagai tanda tanya daripada warga siber.

Bagaimanapun, pasangan itu tampil dan menafikan semua dakwaan penyelewengan dan pecah amanah.