TUMPAT - Sekumpulan lelaki yang dipercayai penyeludup lari lintang-pukang meninggalkan 1,000 kilogram (kg) beras Siam selepas diserbu anggota Batalion 9 Pasukan Gerakan Am (PGA) Kuala Terengganu semasa Op Taring Wawasan di pangkalan haram Tengkorak, Pengkalan Kubor di sini pada Khamis.
Dalam kejadian jam 9 pagi itu, penyeludup tersebut dipercayai sedang memunggah beras bernilai RM95,400 terbabit dari negara jiran ke sini melalui Sungai Golok.