Zubimendi menyesal tolak tawaran Liverpool

Iklan
Martin Zubimendi

MARTIN Zubimendi dilaporkan kesal kerana menolak tawaran Liverpool pada musim panas lalu dan memilih untuk kekal di Real Sociedad.

Pemain tengah itu juga dilaporkan telah meminta The Reds cuba untuk menandatanganinya semula pada Januari selepas menolak tawaran £52 juta (RM243 juta) untuk kekal di San Sebastian.

Iklan
Iklan

Pemain berusia 25 tahun itu sebelum ini hampir ke Liverpool tetapi menukar pendiriannya selepas dipengaruhi oleh bos Real Sociedad, Imanol Alguacil.

Kegagalan untuk menandatangani Zubimendi menyebabkan Liverpool berdepan kesukaran kerana dia adalah sasaran utama musim panas mereka dan mereka mahu pengganti jangka panjang kepada Fabinho yang berpindah ke Arab Saudi pada 2023.

Iklan

Bagaimanapun, laporan media Sepanyol mendakwa dia telah memberitahu Liverpool untuk cuba menandatanganinya semula dan mahu berpindah ke kelab Inggeris itu.

Ia merupakan permulaan musim yang mengecewakan untuk Real Sociedad, yang berada di tangga ke-16 LaLiga dan hanya satu mata di atas zon penyingkiran.

Iklan

Mereka telah menamatkan saingan dalam kelompok enam teratas sejak lima musim lalu, dengan Zubimendi memainkan peranan penting, tetapi musim ini mereka bergelut untuk mencari jaringan.

Ada yang berpendapat bahawa Zubimendi mungkin tidak ditawarkan kontrak yang lebih baik di Real Sociedad untuk membolehkannya kekal lebih lama.

Namun, Presiden Real Sociedad, Jokin Aperribay dalam satu temu bual menafikan Zubimendi menuntut perjanjian yang lebih baik untuk kekal disebalik pelbagai spekulasi perpindahannya.

"Tiada perbualan dengan Zubimendi untuk memperbaharui kontrak. Belum ada sekarang dan belum ada sebelumnya. Dia tidak meletakkan sebarang syarat kepada kami," katanya.