Calon PN mahu Terminal Pengangkutan Awam Kluang berwajah baharu

Iklan
Mohamad Haizan bertemu peniaga di tingkat satu Terminal Pengangkutan Awam Kluang.

KLUANG - Wajah baharu lokasi perniagaan di tingkat satu Terminal Pengangkutan Awam Kluang antara cadangan calon Perikatan Nasional (PN) bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Mahkota, Mohamad Haizan Jaafar.

Mohamad Haizan berkata, keadaan lengang tanpa pelanggan menyebabkan banyak gerai yang ditutup manakala bagi mereka yang masih berniaga mahukan pembaharuan segera dilakukan.

"Peniaga yang saya temui mengeluh, tiada orang hendak makan di gerai mereka. Hendak balik modal pun susah, jauh sekali hendak untung. Mereka hanya kuatkan semangat untuk terus berniaga.

Iklan
Iklan

Justeru Mohamad Haizan, mahu membawa keluhan peniaga terbabit ke sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) jika menang sebagai wakil rakyat kelak.

"Kalau menang, saya akan bawa keluhan peniaga di sini. Saya bertindak sebagai pengimbang di DUN dan akan ceritakan masalah peniaga di terminal di sini. Paling utama tangga, perlu diganti dengan tangga bergerak atau eskalator.

Keadaan lengang meresahkan peniaga di Terminal Pengangkutan Awam Kluang.

Iklan

"Sepatutnya kerajaan 'mewajahkan' tempat ini semula, kerusi perlu tukar kerana agak ketinggalan zaman, begitu juga dari segi pencahayaan perlu ditambah baik untuk naikkan semangat orang ramai naik ke tingkat atas," katanya.

Pada 6 September lalu, Sinar Harian melaporkan Terminal Pengangkutan Awam Kluang dekat sini, yang menjadi lokasi tumpuan penduduk kerana turut menempatkan lokasi perniagaan yang sejak 1995, kini semakin suram.

Iklan

Rata-rata peniaga berharap pemimpin yang dipilih dalam PRK kali ini dapat membawa suara peniaga di situ dan usaha perlu dilakukan untuk menghidupkan semula kawasan terminal selain menambah baik kemudahan awam.