Kerajaan Perpaduan di Johor, biar pengundi Mahkota yang jawab - Azmin

Iklan
Mohamed Azmin pada program ceramah kelompok di Pusat Daerah Mengundi (PDM) Mesjid Lama, Kampung Melayu Kluang, pada malam Khamis.

KLUANG -"Jika pihak yang sepatutnya menjawab tidak menjawab, biarlah pengundi di Mahkota yang jawab pada hari undi nanti," kata Ketua Penerangan Perikatan Nasional (PN), Datuk Seri Mohamed Azmin Ali.

Mohamed Azmin berkata demikian sebagai respons kepada jawapan Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi yang tidak mengulas mengenai cabaran sama ada gabungan itu akan membentuk Kerajaan Perpaduan dengan Pakatan Harapan (PH) di Johor.

Iklan
Iklan

Tegas Pengarah Utama PN bagi PRK DUN Mahkota itu, segala hujah serta fakta telah diberikan sebelum ini mengenai Kerajaan Perpaduan di Johor.

"Semua fakta dan hujah sudah berikan, malah saya juga tanyakan soalan mengapa Kerajaan Perpaduan di Putrajaya ada, negeri lain pun ada, tetapi mengapa di Johor tiada?

Iklan

"Jadi apa yang saya hendak jelaskan kepada rakyat mengenai Kerajaan Perpaduan ini. Tidak mengapa, biarlah rakyat jelaskan pada 28 September nanti," katanya ketika ditemui selepas ceramah kelompok di Pusat Daerah Mengundi (PDM) Mesjid Lama, Kampung Melayu di sini, pada malam Khamis.

Hadir sama, Naib Presiden Pas, Datuk Idris Ahmad dan Yang Dipertua Pas Johor, Abdullah Husin.

Iklan

Mohamed Azmin dilaporkan berkata, Onn Hafiz sepatutnya bersikap terbuka dan adil dalam hal itu kerana sehingga kini tiada Kerajaan Perpaduan di Johor meskipun mendapat sokongan parti komponen lain.

Pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor 2022, BN meraih kemenangan dua pertiga selepas memperoleh 40 daripada 56 kerusi DUN yang dipertandingkan.

PH pula memenangi 13 kerusi iaitu DAP (10 kerusi), PKR, Amanah dan Parti Ikatan Demokratik Malaysia (Muda) masing-masing satu kerusi.

Diikuti Perikatan Nasional memenangi tiga kerusi iaitu Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) dua kerusi dan Pas satu kerusi.

Johor kini memiliki 10 Exco Kerajaan Negeri yang menyandang pelbagai portfolio iaitu tujuh ADUN daripada BN, dua (MCA) dan satu (MIC).