Tiga pangkalan haram di Rantau Panjang diserbu

Iklan
Pelbagai barangan runcit dan beras dirampas semasa serbuan berasingan ke atas tiga pangkalan haram di sepanjang Sungai Golok di Rantau Panjang pada Khamis.

RANTAU PANJANG - Pasukan Gerakan Am (PGA) Briged Tenggara berjaya merampas pelbagai barangan runcit dan beras selepas melakukan serbuan berasingan ke atas tiga pangkalan haram di sepanjang Sungai Golok di sini pada Khamis.

Komander Briged Tenggara PGA, Senior Asisten Komisioner Datuk Nik Ros Azhan Nik Ab Hamid berkata, dalam serbuan pertama pada jam 1 petang di pangkalan haram zink merah, Lubok Gong di sini Batilion 7 PGA telah menumpaskan kegiatan penyeludupan barangan runcit bernilai RM2,400.

Iklan
Iklan

"Rampasan tersebut dibuat semasa serbuan dilakukan ke atas sebuah stor semasa menjalankan Op Taring Wawasan.

"Hasil pemeriksaan mendapati terdapat beberapa kotak barangan runcit dipercayai diseludup untuk pasaran tempatan dan kes disiasat bawah Seksyen 21 Akta Makanan 1983," katanya dalam satu kenyataan pada Jumaat.

Iklan

Menurut beliau pada hari yang sama sekitar jam 3 petang di pangkalan haram tebu, Lubok Jong di sini Batalion 7 PGA telah ternampak sekumpulan lelaki berada dalam keadaan mencurigakan semasa melakukan rondaan di kawasan berkenaan.

Ujarnya, hasil serbuan pihaknya berjaya merampas barangan runcit bernilai RM4,470 yang dipercayai dibawa masuk untuk pasaran tempatan.

Iklan

"Bagaimanapun penyeludup telah melarikan diri semasa serbuan dilakukan dan kes disiasat bawah Seksyen 21 Akta Makanan 1983," katanya.

Tambah beliau jam yang sama di pangkalan haram Pok Din, Jeram Perdah di sini, Batalion 8 PGA telah merampas 300 kilogram (kg) beras bernilai RM1,200.

"Semasa serbuan dilakukan sekumpulan penyeludup sedang menjalankan aktiviti memunggah beras di pangkalan haram terbabit, bagaimanapun mereka sempat melarikan diri.

"Kes disiasat bawah Seksyen 20 Akta Kawal Selia Padi dan Beras dan hasil rampasan diserahkan ke Balai Polis Jeram Perdah untuk tindakan selanjutnya," katanya.